Bila orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita, apa yang tinggal hanyalah memori mereka. Sebab tu salah satu cara untuk kita abadikan memori adalah melalui gambar dan video.
Begitu juga bagi pasangan dari Australia ini, menurut World Of Buzz, pasangan ini mendapat berita yang menyayat hati bila anak mereka yang berusia 11 bulan, Amiyah meninggal dunia akibat dari gangguan neurologi pada Rabu pagi, 24 April lalu.
Lebih menyedihkan bila ibu kepada bayi perempuan ini, Dee hilang telefon bimbit yang penuh dengan gambar-gambar arwah anaknya.
Pasangan ini telah memuatnaik posting di Facebook untuk merayu kepada orang ramai dengan harapan telefon bimbit tersebut dapat ditemui. Mereka meminta sesiapa yang mempunyai maklumat tentang telefon ini untuk menghubungi mereka.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10155825125872132&set=a.449674282131&type=3
“Anak kami, sekarang sedang berada di ICU dan sekarang adalah hari-hari terakhir dia bersama kami, telefon ini mengandungi memori-memori kami tentang dia.
“Kami merayu supaya anda tak buang apa-apa dalam telefon tersebut dan kami bersedia untuk beri ganjaran kalau duit yang anda mahukan.”
Bagaimanapun, lima hari selepas telefon Dee hilang, bapa Amiyah telah umumkan pemergian Amiyah di Facebooknya.
https://www.facebook.com/Windy5/posts/10155834501362132
Bagaimanapun, disebalik kesengsaraan yang dialami keluarga ini, seorang rakyat Malaysia Siti Nurhidayah cuba untuk mengambil kesempatan.
Dilaporkan, dia cuba untuk memeras ugut pasangan ini dengan wang sebanyak AUD$1,000 (RM2,900) sekiranya mereka mahukan telefon bimbitnya semula.
Wanita berusia 24 tahun tersebut telah bekerja di Australia sejak empat bulan lalu sebagai penunggang basikal untuk Uber Eats dan mempunyai dua orang anak kecil di Malaysia.
Bagaimanapun dia telah ditahan dan didakwa atas tuduhan memeras ugut pasangan malang ini dan tak dibenarkan untuk diikat jamin.
Malangnya, telefon bimbit tersebut masih belum ditemui.
Macam mana orang yang ada anak tergamak nak buat macam ni? Tak fikir ke kalau benda ni jadi dekat diri dia sendiri?