in

Kapal Kargo Tersekat di Terusan Suez Berjaya Dialihkan, Netizen Malaysia Beri Cadangan Guna ‘Myvi’ Je

Suez Canal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas enam hari tersekat di Terusan Suez, kapal kargo MV Ever Given akhirnya hari ini telah berjaya dialihkan oleh pasukan penyelamat.


Usaha menyelamat tersebut dilakukan dengan menggali jauh ke dalam tebing terusan kira-kira 27,000 meter padu pasir. Fuh akhirnya berjaya juga dialihkan ye… 

Sebelum ini, kapal terbabit yang tersekat secara menyerong merintangi terusan tersebut sejak Selasa lalu telah menutup laluan pedagangan global dari kedua-dua arah iaitu timur dan selatan.

Malah ia juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas ke atas lebih 200 kapal di kedua-dua hujung terusan sepanjang 193km dan menyebabkan kelewatan penghantaran minyak dan produk lain.

 

Isu kapal tersekat dapat perhatian netizen Malaysia, cadang guna ‘Myvi’ untuk alihkan

Isu ini tidak hanya heboh dalam kalangan netizen negara luar yang sempat buat memes dan jadikan hal tersebut sebagai jenaka, malah netizen Malaysia pun ikut sama sampai siap bagi cadangan ‘bernas’ lagi.

Menerusi perkongsian Facebook Himpunan Cerita Lawak, warganet katanya telah memberi idea untuk menyelesaikan masalah kapal kargo tersekat itu dengan menggunakan khidmat si ‘raja jalanan’, Myvi.

Idea dari warganet untuk selesaikan kapal kargo tersangkut. Kalau dah nama 'raja jalanan' apa pun boleh. Dah macam cerita Fast and Furious!

Posted by Himpunan Cerita Lawak on Sunday, March 28, 2021

 

Menerusi posting di atas, kereta Myvi katanya boleh diikat pada kapal tersebut dan ditarik dari dua arah untuk mengapungkannya kembali. Fuh macam-macam eh imaginasi korang! 

Posting yang mendapat 6.8k likes ini disertai pelbagai komen melucukan, malah ada juga di kalangan netizen mengatakan penggunaan lapan buah Myvi tersebut agak keterlaluan kerana sebuah kereta pun dah cukup kuat untuk tarik kapal tersebut ke laluan asalnya. Amboi-amboi overnyaaa! 

Go Myvi

Meskipun kapal berkenaan kini berjaya dialihkan, tidak diketahui dengan jelas bilakah laluan perdagangan paling penting dalam dunia ini akan dibuka kepada trafik iaitu dengan lebih 45 kapal lain yang terkandas, sedang menunggu atau dalam perjalanan menuju ke terusan itu.

Penangguhan ini juga akan memberikan tekanan untuk rantaian bekalan global yang mana kira-kira 10 peratus aktiviti perdagangan dunia bergantung kepada Terusan Suez terutamanya bagi penghantaran minyak dan gas ke Eropah.

Moga-moga cepatlah masalah Terusan Suez ni selesai ye. Boleh effect ekonomi dunia ni. 

Baca: Hampir 2 Ribu Kontena ‘Hilang’ Selepas Kapal Kargo Dilanda Ribut Kuat

Kargo

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.