in

Kecoh! Pesakit Panjat Siling Wad, Cuba Larikan Diri Dari Hospital

Fi Lari 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum tahu dah dua tahun kita melawan virus Covid-19 ini dan masih tak nampak tanda-tanda ia akan reda. Saban hari, kes harian masih lagi menunjukkan nilai empat angka dan ramai yang perlu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Paling terkesan dengan situasi ini semestinya para frontliners seperti petugas kesihatan, yang terpaksa berkorban masa tidak bertemu ahli keluarga dan berhadapan kerenah pelbagai pesakit.

 

Patient cuba larikan diri

Baru-baru ini seorang pesakit di sebuah hospital menjadi perhatian apabila dia cuba untuk melarikan diri.

Kejadian tersebut yang dikongsikan di TikTok, menunjukkan seorang pesakit lelaki ‘kantoi’ cuba memanjat siling wad hospital berkenaan.

Lari 1 1

Lelaki tersebut turut dilihat meletakkan kerusi di atas katilnya, supaya mudah untuk dia memanjat siling wad itu.

Menerusi sebuah video yang telah viral, terlihat usaha pesakit tersebut gagal apabila pengawal keselamatan tiba di tempat kejadian. Lalu dia terus turun, selepas lebih ramai pengawal keselamatan yang tiba.

Namun masih tidak diketahui apa punca pesakit tersebut bertindak sedemikian, serta tak dapat dipastikan lokasi kejadian berkenaan.

Lari 2

Sebagai info, video kejadian tak dapat dikongsikan kerana pemilik akaun telah private akaun TikToknya.

Macam-macam hal yang jadi, kesian juga tengok dekat pesakit tu. Semoga segala urusan pesakit-pesakit serta frontliners kita dipermudahkan.

 

Baca : “Tipu mak cakap doc bagi keluar” – Pesakit Covid-19 Lari Dari Hospital Sebab Nak ‘Shopping’ Dengan Tunang

Foot Lari 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.