in

“Tipu mak cakap doc bagi keluar” – Pesakit Covid-19 Lari Dari Hospital Sebab Nak ‘Shopping’ Dengan Tunang

Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pesakit Covid-19 baru-baru ini dikatakan telah lari dari Hospital Kajang dan keluar ke pusat membeli-belah walaupun sedar dirinya boleh menjangkiti orang lain.


Insiden ini telah diceritakan oleh Faizul Azim, seorang pegawai kesihatan yang bekerja di Klinik Kesihatan Sungai Chua, Kajang melalui Facebook peribadinya.

Menurutnya, lelaki berusia 24 tahun itu telah melarikan diri dari hospital dan pulang ke rumah. Lelaki ini menetap dengan ibunya yang merupakan seorang pesakit kencing manis.

Ketika tiba di rumah, lelaki ini telah menipu ibunya dengan mengatakan yang dia telah dibenarkan untuk keluar dari hospital selepas ujian mendapati yang dia negatif Covid-19.

658337

Selepas menyedari pesakit ini hilang dari hospital, Faizul bersama pegawai polis dan inspektor kesihatan telah ke rumah lelaki ini namun dia tiada di sana.

Mak cakap pergi shopping dengan bakal tunang dekat Metro Kajang.”

Selepas bergerak ke Metro Kajang, pasukan ini akhirnya berjaya menjejaki lelaki tersebut dan telah menahannya di hadapan KFC pusat membeli belah tersebut.

Adakah beliau cuba untuk bunuh diri dan orang-orang sekitar?”

Ekoran tindakan tak bertanggungjawab lelaki ini walaupun sedar tentang risikonya untuk menjangkiti orang lain, netizen telah meluahkan rasa tak puas hati mereka.

Screenshot 2021 05 26 At 2.31.17 Pm

 

Baca: Wanita Warga Emas Jangkiti Tujuh Individu Lain Lepas Lari Dari PKPD Sebab Nak Sambut Raya

Screenshot 2021 05 26 At 2.40.26 Pm

Sumber: Sinar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.