in

Kecoh! Lukisan Bogel Hiasi Dinding Kawasan Kampung, Katanya Dah ‘Tutup’ Tapi Masih Seksi?

Cats 78

Baru-baru ini, kecoh di sebuah kampung di Sungai Buloh, Kuala Selangor apabila ada lukisan bogel menghiasi dinding sebuah bangunan. Menurut satu perkongsian yang dimuat naik di Facebook oleh Aemierulrizaki Rambli semalam, dia mendakwa yang lukisan bogel di dinding tersebut merupakan kawasan masyarakat di situ berseni.

“Seni ni ada batasnya. Lihat sekeliling sensitivitinya.”

Namun, posting pertama mengenai lukisan bogel itu telah dipadam oleh Facebook kerana didakwa mempunyai ucapan kebencian.

Photo6337033149724339187

 

Dah tutup, tapi masih seksi

Bagi lelaki itu, tak apa jika posting tersebut dipadam tapi apa yang pentingnya isu ini telah viral dan berjaya membuat pelukis-pelukis itu memakaikan baju kepada lukisan mereka pada tengah malam itu juga.

Tapi, walaupun sudah dilukiskan baju pada lukisan tersebut, masih lagi kelihatan tidak sopan kerana kelihatan seksi dan tak sedap mata memandang.

Photo6337033149724339192

“Tunggu la esok apa rupanya lukisan itu.”

Pada malam ketika lukisan tersebut dipakaikan baju, ramai penduduk kampung yang datang untuk melihat pelukis-pelukis tersebut menyiapkan lukisan bogel itu.

Photo6337033149724339191

Photo6337033149724339189

Menurut Aemierulrizaki, dia berharap Majlis Daerah Kuala Selangor dapat berikan penjelasan mengenai kelulusan lukisan gambar bogel tersebut pada dinding bangunan di kawasan kampung yang kelihatan tidak senonoh untuk dijadikan tatapan masyarakat umum.

 

Netizen bengang

Rata-rata netizen yang turut melihat posting mengenai lukisan bogel itu memang bengang sebab geram dengan sikap pihak yang melukis tersebut seolah-olah tidak bertanggungjawab dan dikatakan makin menjadi-jadi.

Photo6337033149724339180

Nak berseni tu boleh, tapi kena tengok la juga kesesuaian tempat dan sensitiviti orang sekeliling. Betul tak?

 

Sumber: Aemierulrizaki Rambli

Baca: BF Minta Gambar Bogel Konon Minta Tunjuk Progress Senaman, Padahal Jadi Modal Untuk Ugut Pinjam Wang

Capture 59

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook