in

BF Minta Gambar Bogel Konon Minta Tunjuk Progress Senaman, Padahal Jadi Modal Untuk Ugut Pinjam Wang

Bf

Kalau dah sayang lautan api pun sanggup redah, walaupun tahu apa yang dibuat tu salah tapi demi orang tersayang semua benda nampak indah.

Tapi kesabaran seseorang itu ada hadnya, wanita yang dikenali sebagai Mei ini selalu turuti pemintaan pelik daripada teman lelakinya demi buktikan rasa cinta.

Waktu itu, Mei langsung tak sedar yang emosinya tersiksa, dia diarahkan untuk bangun seawal 5.30 pagi setiap hari melakukan senaman bagi menjaga bentuk tubuh.

 

Ugut untuk senang dapat duit, suruh pinjam Ah Long

172992630 1867144616796573 2093639769443890827 N

Lebih teruk lagi, Mei dipaksa menghantar gambar bogel kepada kekasihnya itu, kononnya nak nilaikan hasil senaman dan bentuk badan diinginkan.

Menerusi Harian Metro, Mei mula mengenali teman lelakinya yang berusia 31 tahun itu pada bulan Mei tahyun lalu, mereka makin rapat apabila masing-masing ada minat dalam e-sukan.

Menurutnya, kekasihnya itu bijak memanipulasi keadaan dan memujuknya dengan pelbagai helah bagi mendapatkan wang.

“Saya tidak sedar dia adalah kasanova ‘pisau cukur.’ Saya dipujuk supaya membuat pinjaman wang dari ceti haram atau along bermula Januari lalu.”

“Saya diarah meminjam wang RM3,000 dari along sebelum semua wang itu diserahkan kepadanya. Saya kemudian diminta membayar hutang along itu,” katanya ketika membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA.

Mei diarah meminjam wang RM5,000 dari Ah Long kononnya nak langsaikan hutang peribadi.

“Saya seperti orang bodoh apabila mengikut sahaja arahannya itu sebelum diminta pula membuat hutang baru berjumlah RM200,000 dari along.” 

“Video rakaman saya melakukan senaman itu perlu dihantar kepadanya setiap hari sebagai bukti. Sekiranya saya bangun lambat atau gagal menghantar video, saya akan dimarahi dengan teruk.

172580825 1867144653463236 2375419105278396717 N

“Malah, saya diarah menghantar video dalam keadaan bogel kononnya bagi membolehkan dia membuat penilaian keberkesanan senaman dilakukan,” katanya.

Namun begitu, Mei dah mula perasan bahawa dirinya dipergunakan hanya untuk meminjam wang serta memperoleh wang dengan mudah.

“Malah, dia enggan membantu menjelaskan semua hutang itu selain menjadikan video bogel saya sebagai bahan ugutan,” katanya yang bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Banting, Selangor, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong menasihati golongan muda supaya menyiasat latar bakal kekasih sebelum meneruskan hubungan lebih serius.

 

Baca : Rasa Sebak & Bersalah Sebab Marah Masa ‘Order’ Lambat Sampai, Rider GrabFood OKU Terima Sumbangan RM5,000 Oleh Wanita Ini

Capture 38

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook