in

Kecoh Dakwaan Video Noh Salleh Curang Tersebar, Netizen Syak Ada Pihak Sengaja Buat Cerita Sebab…

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas videonya menyindir seorang wartawan viral baru-baru ini kerana bertanyakan mengenai status rumah tangganya, nama vokalis Hujan ini trending sekali lagi di media sosial.



Kali ini pula tular beberapa dakwaan di Twitter mendakwa bahawa terdapat sebanyak tujuh video yang memaparkan Noh Salleh beraksi kurang sopan telah tersebar.

Sehingga sekarang, rata-rata netizen ada yang claim dah pun tengok video tersebut dan ada juga yang masih mencari orang yang mempunyai video itu.

Screenshot 2022 08 04 At 12.09.07 Pm Down

“Patutlah defensive”

Malah menerusi forum Cari, seorang netizen mendakwa bahawa dia mempunyai tangkap layar yang membuktikan bahawa penyanyi tersebut curang dengan isterinya Mizz Nina namun tak dapat tunjukkan perbualan penuh ekoran data hilang. Ah pulak dahhhh

151509J85Unpfcnz43585P

Namun begitu, pengguna ini telah pun memadamkan ciapannya selepas netizen mengecam tentang kesasihan maklumat yang diterimanya itu.

“Sengaja nak pecah belahkan rumah tangga orang”

Bagaimanapun, ramai netizen yang tidak percaya dengan tuduhan ini. Lebih-lebih lagi tiada bukti jelas yang mengukuhkan dakwaan ini.

Bukan itu sahaja, netizen juga mendakwa, ada pihak sengaja menimbulkan isu keretakan rumah tangga penyanyi ini gara-gara sakit hati dengan jawapan Noh bulan lalu ketika ditemubual.

Screenshot 2022 08 04 At 12.16.30 Pm Down

Sebelum ini, Noh telah pun menafikan khabar buruk yang mengatakan rumah tangganya goyah dan mengatakan perkara itu hanyalah fake news.

Di Instagram Mizz Nina pula, ramai yang perasan sejak akhir-akhir ini dia sering memuat naik quotes yang sedih-sedih namun mengatakan itu hanyalah petikan kata dari aplikasinya Qalby.

Ketika artikel ini ditulis, Mizz Nina dan Noh masih belum memberikan apa-apa komen mengenai dakwaan terbaru ini.

Sumber: mStar

 

Baca: [VIDEO] Khabar Angin Rumah Tangga Sedang Retak, Jawapan Noh Salleh Buat Wartawan ‘Koyak’

Screenshot 2022 08 04 At 12.28.10 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.