in

[VIDEO] Khabar Angin Rumah Tangga Sedang Retak, Jawapan Noh Salleh Buat Wartawan ‘Koyak’

Noh Salleh Wartawan Koyak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila menjadi seorang yang terkenal, pastinya segala hal peribadi dan perihal rumah tangga ingin diketahui oleh umum.


Itulah yang terjadi kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh apabila adanya desas-desus yang mengatakan rumah tangganya dengan aktivis kemanusiaan, Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina.

Dengan nada yang bersahaja sambil menghisap rokok elektroniknya, penyanyi lagu Angin Kencang itu menolak dakwaan tersebut malah, dia juga memberitahu dia hanya tahu mengenai khabar angin tersebut ketika di temu ramah.

“Entahlah, tiada komen. Korang (kamu) semua kena tipu. Berita palsu. Anda semua kena tipu. Good luck.” katanya. 

Pun begitu, videonya sedang ditemu ramah itu menarik perhatian netizen kerana salah seorang interviewer kedengaran seperti sudah koyak kerana jawapan Noh Salleh itu menolak sekeras-kerasnya mengenai gosip tersebut.

@kosmoonline

Penyanyi Noh Salleh mengulaS berhubung spekulasi keretakan rumah tangganya bersama Mizz Nina yang hangat diperkatakan di sebuah laman sembang sebagai berita palsu.beritatiktok newstrending

♬ original sound – Kosmo! – Kosmo!

Malah, antara sebab wartawan itu juga menaikkan nada suaranya ialah apabila Noh mula menuding jari mengatakan media ibarat sudah ketandusan cerita dan tidak bertanya mengenai kerjaya sebaliknya pihak media ‘mencedok’ perihal kehidupan peribadinya.

“Dah ketandusan cerita ke? Orang lebih suka kisah peribadi berbanding apa yang saya kerjakan. Saya faham kelemahan media kita, lagi fokus pada benda merepek.

Pada saya hal peribadi adalah peribadi, saya keluar untuk menonjolkan karya saya dan seni saya, bukan jual kisah peribadi saya,” katanya.

Ha, jangan memandai buat spekulasi, kan dah kena setepek! 

Baca: Mizz Nina& Noh Hujan Dah 3 Bulan Ambil Anak Angkat, Anggap Musa Anugerah Terindah

Page Mizz Nina 758X399.Jpg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.