in

Kecoh! Ada Netizen Dakwa ‘Influencer’ Potong Barisan Masa Konsert Billie Eilish?

konsert billie influencer potong barisan

Walaupun sudah minggu lepas berlalu, isu konsert artis luar negara, Billie Eilish masih lagi menjadi perbualan hangat netizen selepas dengarnya pelbagai isu timbul ketika konsert itu berlangsung.

Selain dari isu seating yang ramai dakwa tidak adil, kecoh pula di Twitter memperkatakan sikap seorang influencer yang didakwa telah memotong barisan penonton lain di standing zone.

billie 1

“Dia tetiba buat line sendiri pastu tahu2 kat line 1st” 

Seperti yang semua sedia maklum, bagi mereka yang membeli tiket di standing zone, kebanyakan memang datang awal sebab nak berebut tempat dengan orang lain.

Tempat duduk di standing zone ni tak bernombor, jadi kiranya siapa sampai cepat, dialah yang duduk di depan. Itu yang ada penonton sampai sanggup keluar rumah pukul 4 pagi tu. 

https://www.instagram.com/p/CfIIUd3JB63/

Walau bagaimanapun, seorang netizen baru-baru ini mendedahkan seorang influencer tiba-tiba dapat duduk di depan walaupun tiba lewat ke lokasi konsert itu.

Menurutnya, influencer berkenaan sampai lebih kurang jam 2 petang dan dikatakan tiba-tiba buat barisan sendiri yang menyebabkan dia berada di barisan pertama. Penonton yang sampai lebih awal pula katanya dapat barisan ke 2, 3 dan 4.

Namun yang buat netizen berkenaan sakit hati apabila pengawal meminta influencer berkenaan untuk ke belakang, individu itu didakwa memberi alasan telah menunggu berjam-jam di situ walhal dia baru saja sampai.

Kau tak kesian ke orang yang datang pukul 6 pagi, 9 pagi pun queue bawah matahari. Tapi kau dengan muka tak tahu mahu cut queue macam tu je?? 

“Tak semestinya kau sebagai influencer, kau boleh buat macam tu,” kata netizen tersebut.

Walau bagaimanapun, influencer berkenaan katanya ada memberi penjelasan mengenai hal itu kepada salah seorang netizen yang mengecam dengan mengatakan perkara itu berlaku tanpa diduga.

Dia seperti yang lain juga ikut berdiri bersama penonton-penonton yang berada di zone tersebut.

FaqbVPoaUAArRyQ

Apa-apapun diharapkan isu ni tak berpanjanganlah sebab konsert pun dah lama berakhir. Moga-moga bagi konsert yang lain penganjur lebih teliti isu seating kerana ramai yang luah rasa tak puas hati. 

Baca: Claim Billie Eilish Guna Masa Konsert Di Malaysia, ‘Handsock’ Pula Cuba Dijual Dengan Harga Hampir RM5K

billie handsocks