in

“Ke ada typo?” – Syarikat Dikecam Tawar Gaji RM1.5K Pada Semua Jawatan Tanpa Kira Kelayakan

F3 Kerja Kosong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu gaji yang rendah dengan skop kerja yang terlalu banyak di Malaysia ini nampaknya masih belum ada penyelesaian. Dah la gaji sikit lepastu harga barang pula makin mahal, memang pening kepala.

Kerja Kosong 1
Gambar sekadar hiasan

Kali ini viral pula di Twitter apabila sebuah syarikat di Terengganu menawarkan kesemua posisi jawatan kosong di syarikat itu dengan gaji sebanyak RM1,500 tanpa mengira kelayakan yang dimiliki oleh seseorang calon.


Menurut World of Buzz, iklan jawatan kosong itu telah dikongsikan oleh pengguna Twitter baru-baru ini.

Difahamkan, jawatan-jawatan kosong itu pada mulanya dikongsikan di portal kerjaya kerajaan iaitu MYFutureJobs.

Dalam screenshot berkenaan, dapat dilihat kesemua jawatan yang diiklankan ditawarkan gaji dengan harga RM1.5K kepada calon yang memiliki SPM, sijil, diploma dan ijazah.

Manakala pelajar praktikal pula tidak diberi apa-apa bayaran.

Walau bagaimanapun, ada netizen lain yang berkongsi screenshot bahawa syarikat itu menawarkan gaji sebanyak RM5,000 hingga RM8,000 sebulan dalam satu iklan kerja kosong di portal lain.

https://twitter.com/SitiMdSobri/status/1549734866392354816

Dalam masa yang sama, ada warganet yang lain pula yang berpendapat mereka mungkin sengaja tawarkan gaji rendah macam ni.

Jk 2

Apa pulak pendapat korang? 

Sumber: Twitter @mkhairulazri

Baca: “Motif???”- Ramai Terkedu Pelajar Pilih Rakan Dengan ‘Pointer’ 3.5 Ke Atas Je Untuk Jadikan ‘Groupmate’ 

Jk 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.