in

“Motif???” – Ramai Terkedu Pelajar Pilih Rakan Dengan ‘Pointer’ 3.5 Ke Atas Je Untuk Jadikan ‘Groupmate’

Page Assignment

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman-zaman belajar di universiti ni boleh kata antara waktu yang akan diingat sampai bila-bila. Struggle jauh dari family dengan assignment lagi… Eh, min ter-throwback kenangan sendiri pulak! Hihihi…

Bagi korang yang dah biasa dengan kerja berkumpulan, mesti akan mencari groupmate untuk senangkan urusan buat assignment kan? Kadang-kadang sampai setiap subjek bertukar-tukar kumpulan.


Tapi satu perkongsian di Twitter menerusi akaun @emshafril ni mengejutkan orang ramai gara-gara respon rakan sekelasnya melalui aplikasi WhatsApp apabila bertanyakan tentang kekosongan dalam group assignment.

https://twitter.com/emshafril/status/1534731751754326017?t=ZC6EWGBKmorj2ML-hQglcg&s=19

“Untuk maintain good performance”

Apa yang menjadi tumpuan adalah jawapan rakan sekelasnya yang dikenali sebagai Kiki mengatakan bahawa kumpulannya hanya akan menerima groupmate dengan pointer CGPA 3.5 dan ke atas.

Twt 1

Sebaik saja membaca balasan itu, lelaki yang dikenali sebagai Emeer ini segera menolak dengan menulis sebelum Kiki meminta untuk dia kongsikan CGPAnya supaya dapat seimbangkan kumpulan:

“Lol its okay then, have a great day”

Twt 2

“Wujud lagi eh dah 2022 pun?”

Tweet tersebut mendapat perhatian orang ramai kerana mereka mengatakan bahawa sebab mahukan groupmate yang memperoleh pointer tinggi semata-mata untuk pastikan kerja berkumpulan ‘bergerak’ itu tidak relevan.

Tweet Full

Bukan tu je, ramai yang menegaskan bahawa pemilihan groupmate dalam setiap kerja berkumpulan memang penting tapi persembahan dan juga prestasi tak sepatutnya diukur menerusi keputusan CGPA semata-mata.

Waktu min belajar dulu, masing-masing semua sekepala. Tapi bila sampai part kerja, memang semua komited! Alamak, kan dah terindu. Huhuhu…

Baca: Pelajar Meninggal Dunia, Didakwa Stres Banyak ‘Assignment’ & Tak Cukup Tidur?

Untitled 1 7

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.