in

Kawasan KLCC Penuh Sampah Semasa Tahun Baru Cina, Netizen Dakwa Ia ‘Kerja’ Warga Asing?

Klcc 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan setiap kali sambutan perayaan mana-mana kaum di Malaysia, ramai orang berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman ataupun bercuti ke negeri lain.


Oleh itu, dapat dilihat di media sosial beberapa video menunjukkan kawasan sekitar Kuala Lumpur terutamanya KLCC, telah dibanjiri oleh warga asing yang bersiar-siar ketika sambutan Tahun Baru Cina. Mungkin disebabkan ramai orang Malaysia tidak berada di ibu kota, jadi kehadiran warga asing di situ dilihat agak ketara.

Sampah sarap terlalu banyak depan KLCC

Pun begitu, satu video yang tular di TikTok semalam, memaparkan kawasan sekitar KLCC dipenuhi sampah sarap ketika Tahun Baru Cina. Seorang individu mendakwa ia perbuatan warga asing yang melepak di kawasan tersebut.

Artikel berkaitan: “Siapa awak nak soal?” – Peniaga Warga Asing Didakwa Hina Rakyat Malaysia, Berang Dipersoal Status Halal

Artikel berkaitan: ”Bahaya weh” – Orang Ramai Marah Lepas Tengok Lelaki Dipercayai Warga Asing Berbasikal Di Lebuhraya

Seperti yang kita tahu, ada banyak pokok hiasan diletakkan di perkarangan kawasan KLCC jadi, individu tersebut merakam keadaan beberapa pokok hiasan yang penuh dengan sampah botol, plastik makanan dan lain-lain.

Biarkan sangat warga asing kan? Sambut Gong Xi Fa Cai depan KLCC.. sampah banyak gila. Ni Malaysia, sampah banyak ni. Itulah, banyak sangat warga asing.

“KLCC dah lama macam tu”

Di ruangan komen, ramai netizen berasa kesal melihat video itu sehinggakan ada yang mendakwa pihak berkuasa tidak memantau kawasan tersebut. Segelintir daripada mereka juga menamakan Kuala Lumpur seperti ‘Little Dhaka’ dan ‘Dhaka Kuala Lumpur’.

Klcc 1 1

Klcc 2

@azwanneyo

sambutan hari raya cina ,KL dibanjiri orang warga asing dan sampah sarap,, tahniah malaysia kuu #malaysia #kualalumpur #fyp #wargaasing #anakemas

♬ original sound – Mohamad Azwan – Mohamad Azwan

Aduhai, banyak betul sampah kat situ..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.