in

Kaut Keuntungan Lebih RM10 Ribu Sebulan, ‘Instafamous’ Kantoi Jual Minyak Wangi Tiruan?

Tiruan3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menggunakan populariti untuk menjana pendapatan adalah langkah yang bijak kerana tak mensia-siakan rezeki Tuhan. Namun menjadi kesalahan bila penipuan berlaku.


Seorang Instafamous wanita kantoi menjual minyak wangi pelbagai jenama antarabangsa yang tiruan selepas kondominiumnya di Seri Kembangan diserbu anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.

Kira-kira 1000 botol minyak wangi dirampas dalam serbuan.

Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata,

“Siasatan mendapati individu wanita berusia 26 tahun itu menggunakan media sosial sebagai medium untuk membuat iklan jualan minyak wangi tiruan itu.

Tiruan1

“Pemeriksaan juga menemui slip penghantaran barangan, set yang digunakan untuk siaran langsung dan kotak pembungkusan,”

 

Jana lebih RM10 ribu sebulan jual produk tiruan

Wanita berkenaan dikatakan menjual dan mendakwa produk tersebut adalah tulen. Sebotol minyak wangi dijual dengan harga RM150 hingga RM200!

Individu berkenaan mengaku mampu meraih keuntungan lebih RM10,000 sebulan hasil penjualan minyak wangi tiruan berkenaan.”

Menurut Harian Metro, wanita terbabit akan dirakam keterangan dan diberikan jaminan polis.

“Dia akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siastan mengikut Seksyen 102 Akta Cap Dagangan 2019.”

 

Baca : Wow! Pasangan Suami Isteri Untung RM 160 Juta Selepas 3 Bulan Jual Sanitizer

Tiruan

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.