in

“Jumpa tanah kubur & bangkai” – Instafamous Kongsi Butiknya Disihir Orang?

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Instafamous Aisyah Hijanah yang juga isteri kepada Alif Teega pernah kongsikan yang dia telah menanggung derita selama setahun akibat perbuatan sihir namun pulih.

Kali ini, butik muslimahnya pula disyaki terkena perbuatan khianat bila wanita ini sering mendapat mesej peribadi melalui Instagram bertanyakan kenapa butiknya masih belum beroperasi.


Ramai juga yang DM beritahu mereka pergi ke butik tapi nampak tutup. Ada juga seorang model datang untuk photoshoot tapi dia kata nampak butik tu kosong macam tak beroperasi.”

Ekoran ini, Aisyah mengesyaki ada sesuatu yang berlaku sehinggakan orang lain nampak butiknya itu kosong dan tak ada baju.

Bercerita kepada mStar, Aisyah mengatakan yang dia pernah melihat lembaga hitam berjalan di dalam pejabatnya serta beberapa gangguan lagi yang pernah dilalui oleh dia dan pekerja-pekerjanya.

Antaranya seperti cawan terbang, bunyi tapak kaki, bunyi kerusi bergesel dengan karpet serta bunyi orang ketuk pintu dan macam-macam lagi.

1329619

Bukan itu sahaja, Aisyah turut memberitahu yang sebelum ini pekerjanya pernah terjumpa duit syiling serta bau bangkai di dalam butiknya.

Staf juga beritahu mereka terjumpa duit syiling dan bau bangkai dekat butik. Saya sendiri ternampak lembaga hitam berjalan menuju ke tandas.

Aisyah turut kongsikan beberapa benda yang ditemui di dalam butiknya sebagai cara untuk menjatuhkan perniagaannya. Antaranya:

1. Duit syiling yang diletakkan sebagai tujuan untuk merugikan perniagaannya.

2. Tanah kubur turut ditemui dipercayai bagi menutup mata orang dan hanya melihat butik tersebut seperti tutup atau tidak beroperasi.

3. Bau dan bangkai yang ditemui dipercayai untuk membuatkan pekerja-pekerjanya bergaduh antara satu sama lain sehingga berhenti kerja.

Menurut Aisyah, dia kini sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan dari seorang pengamal perubatan Islam. Namun disebabkan terlalu ramai orang yang mendapatkan perubatan di sana dia perlu menunggu giliran dan menahan segala gangguan yang berlaku ke atasnya.

Allahu, kenapalah nak buat orang sampai macam ni. Harapnya Aisyah dapat menyelesaikan masalahnya ini.

 

Baca: “Nak muntah tapi tak lepas” – Rasa Badan Panas Setiap Kali ‘Live’, DSV Dakwa Terkena Gangguan Mistik?

Screenshot 2022 02 10 At 2.18.55 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.