in

“Kau yang cuai”- Ibu Bapa Nora Anne Saman The Dusun Resort, Netizen Bengang!

Featured 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak kes Nora Anne Quorin? Kira-kira lima bulan lalu, remaja Ireland dikatakan hilang sebelum ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa selepas 10 hari dilaporkan hilang dari resort The Dusun, Negeri Sembilan.


Dalam perkembangan terbaru, ibu bapa kepada remaja malang itu dikatakan saman resort tersebut atas alasan kecuaian.

Resort tak pasang cctv, tak selenggara dan tak pastikan selak pintu bilik inapan

Telemmglpict000206285154
Sumber: blog

Dalam tuntutan sivil Sebastian Marie Phillipe dan Meabh Quoirin, mereka mendakwa pengusaha The Dusun Resort iaitu Helen Marion Todd gagal pastikan keselamatan premis tersebut, lapor The Star.

Mereka mendakwa pengusaha resort berkenaan gagal memasang kamera keselamatan dan tidak menyelenggara serta memastikan keupayaan selak pintu bilik inapan mereka.”

Pasangan itu yang diwakili peguam, Sankara Nair memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Seremban dengan pengurusan pertama kes dijangka pada 21 Januari depan.

Mereka menuntut ganti rugi khas sebanyak RM152,707.90 selain ganti rugi umum yang dinilai mahkamah sebanyak RM30,000.

Namun rata-rata netizen mengecam tindakan yang diambil keluarga Nora.

“Kau punya anak, resort kena jaga ke?”

1 7
Sumber: facebook
2 5
Sumber: facebook

Kes kehilangan Nora Anne pada 4 Ogos tahun boleh dikatakan hangat dengan pelbagai spekulasi berkaitan misteri kehilangan remaja tersebut sehingga mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa.

Pada awalnya misi mencari dan menyelamat agak buntu kerana pencarian di beberapa kawasan ‘yang dikenalpasti’ gagal.

Pelbagai bantuan diberikan ketika SAR dijalankan sehinggalah selepas 10 hari pencarian, akhirnya mayat remaja itu ditemui kira-kira pukul 1.57pm , 2.5 kilometer dari resort The Dusun.

Baca : Percutian indah bertukar tragik- Kronologi PENUH Kes Kehilangan Remaja Ireland Nora Anne Quoirin

Nora Anne

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.