in

“Percutian indah bertukar tragik”- Kronologi PENUH Kes Kehilangan Remaja Ireland Nora Anne Quoirin

Featured 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

13 Ogos 2019 merupakan tanggal yang akan diingat seluruh rakyat Malaysia khususnya keluarga remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15 yang hilang sejak 4 Ogos tahun lalu sebelum mayatnya berjaya ditemui.


Polis mengesahkan mayat tersebut merupakan Nora Anne Quoirin selepas pengecaman dilakukan ahli keluarganya di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

69182630 485456722279288 452997128491368448 N

Ramai yang terkejut dan tertanya-tanya mengenai misteri kehilangan remaja perempuan tersebut yang mengundang pelbagai spekulasi.

Namun akhirnya Nora ditemui selepas 10 hari dilaporkan hilang dari tempat penginapannya di Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban, Negeri Sembilan.

 

Berikut kronologi kehilangan Nora Anne Quoirin (sumber Bernama)

67838019 485392182285742 72379506131730432 N

3 Ogos 2019 

  • Nora Anne Quoirin, 15, remaja Ireland tiba di Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban, Negeri Sembilan bersama keluarganya untuk bercuti.

4 Ogos 2019 

  • Remaja perempuan yang mempunyai masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh ahli keluarganya apabila tiada di bilik penginapannya pukul 8 pagi.
  • Polis lakukan misi pencarian membabitkan bomba dan anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan selepas mendapat laporan kehilangan Nora.

67841283 2687436571267105 317219519909068800 N

5 Ogos 2019 

  • Pihak berkuasa termasuk polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengawal ketat kawasan Resort The Dusun Pantai Hill, lokasi Nora Anne dilapor hilang.
  • Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam SAR Nora Anne.Operasi SAR melalui udara dibuat di kawasan Gunung Berembun serta meliputi pesisiran Sungai Berembun.
  • Platun Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras turut dikerah dalam operasi SAR remaja perempuan itu.

6 Ogos 2019 

  • Operasi SAR masuk hari ketiga, diteruskan dengan kekuatan 159 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.

7 Ogos 2019 

  • Operasi SAR masuk hari keempat, diteruskan dengan kekuatan 206 anggota dari pelbagai agensi keselamatan. Polis merakam 20 keterangan saksi termasuk ahli keluarga bagi membantu siasatan kes kehilangan Nora Anne.

8 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari kelima, diteruskan dengan kekuatan 247 anggota dari pelbagai agensi keselamatan. Operasi SAR mengesan Nora Anne diketuai Unit Senoi Praaq Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Khidmat helikopter Pasukan Gerakan Am PDRM digunakan dengan tambahan teknologi yang lebih canggih bagi mengesan Nora Anne. Rakaman suara ibu Nora Anne memanggil remaja itu dengan panggilan manja turut dimainkan melalui pembesar suara sepanjang SAR.

D9F9Bfc523Abff82263Bdc420787D784

Hqdefault

9 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari keenam, diperkuatkan dengan kehadiran pasukan elit PDRM iaitu Komando VAT 69 dengan kekuatan dua pegawai dan 21 anggota. Sembilan dron diguna dalam operasi SAR kesan Nora Anne.
  • Penduduk di sekitar pekan Pantai, Negeri Sembilan mengadakan solat hajat di Masjid Kariah Pantai selepas menunaikan solat Jumaat bagi memohon dipermudahkan operasi SAR kesan Nora Anne.

67689016 2687436617933767 6463546848400375808 N

10 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari ketujuh, skala pencarian Nora Anne dikecilkan dari 6 kilometer (km) radius kepada 4 km radius dari lokasi kejadian.
  • Masyarakat Orang Asli membantu mencari Nora Anne menggunakan kaedah tradisional berdasarkan kepercayaan mereka.

11 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari kelapan, kali ini mendapat bantuan daripada kumpulan pendaki sukarelawan.

12 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari kesembilan, diteruskan dengan kekuatan 348 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.
  • Keluarga Nora Anne tawar ganjaran RM50,000 kepada mana-mana pihak yang dapat salur maklumat bantu kesan Nora Anne.
  • Pasukan polis Ireland, England, Perancis berada di negara itu membantu PDRM menyiasat kes kehilangan Nora Anne.
  • Sekumpulan lima pengamal perubatan Islam daripada Rawatan Tradisional Sulafusoleh menawarkan diri membantu operasi SAR kesan Nora Anne Quoirin.
  • Pengamal media dipelawa untuk menyertai operasi SAR kesan Nora Anne buat pertama kalinya.

67487634 2687436474600448 4814196771565600768 N

Sb120819Hq009 1565711749
Sumber: harian metro

13 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari kesepuluh, polis menemui mayat dipercayai seorang wanita berkulit putih yang ditemui pada 1.57 tengah hari, kira-kira 2.5 kilometer dari resort The Dusun, Pantai.
  • (8.55 malam): Polis sahkan mayat yang ditemui adalah Nora Anne selepas ahli keluarga remaja itu membuat pengecaman di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

 

Baca : [TERKINI] Nora Qouirin: Sah, Mayat Nora Ditemui Di Air Terjun Satu Batu Dari The Dusun

Article 7352167 17227404

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.