in

“Kau pernah duduk one on one dengan org yang pernah kena rogol?” – Zarina Anjoulie Pula Tempelak Pendapat Fynn Jamal

Anjou5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya isu mengenai kenyataan Fynn Jamal kini masih lagi menjadi bualan hangat orang ramai di media sosial. Kupasan isu mengenai kes rogol itu telah menyebabkan ramai pihak tampil memberi keterangan.


Sebelum ini, Caprice dan Wardina  ada memberikan teguran kepada Fynn, namun terbaru pelakon yang terkenal dengan kelantangannya memberikan pendapat, Zarina Anjoulie juga tak lepas untuk mengupas pasal isu ini.

 

Kau tak ada kat tempat diaorang

Anjou

Menerusi, IGTV yang dimuat naik hari ini, Zarina Anjoulie tidak bersependapat dengan Fynn Jamal. Bagaimanpun, Anjoulie juga akui dan setuju dengan apa yang dibahaskan oleh Fynn Jamal bahawa wanita haruslah menjaga aurat.

Namun begitu, nak menyalahkan cara pemakaian wanita sepenuhnya juga tidak patut dan Anjoulie sifatkan ia seperti tak adil. Ini kerana menurutnya ramai sahaja yang mereka yang menutup aurat menjadi mangsa rogol.

Anjou3

“Kau pernah duduk dekat one on one dekat orang yang pernah kena rogol. Kalau macam tu aku tanya kau lah kan, how about orang laki-laki yang kena rogol?”

Malah, Anjoulie juga tempelak kenyataan Fynn Jamal itu apabila dia memberikan gambaran jika berada di tempat mangsa dan menyifatkan bahawa Fynn seolah-olah seperti tidak sensitif terhadap nasib mangsa.

” So orang yang ada experience ni dia lain-lain, jadi tak adil kalau nak katakan jaga aurat, habis lelaki? Its just so easy to say sebab bukan kena kat kau.”

Anjou2

Bagi Anjoulie lagi, dalam hal ini lelaki dan perempuan, kedua-duanya haruslah memainkan peranan. Ini kerana cara pemakaian seseorang wanita yang mendorong kearah jenayah rogol ini tidak lah begitu betul.

Korang boleh tonton video penuh disini

 

Baca : “Apa you buat betul, tapi…” – Lepas Caprice, Kini Wardina Buka Mulut Beri Pandangan Isu Dibangkitkan Fynn Jamal

Anjou4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.