in

“Apa you buat betul, tapi…” – Lepas Caprice, Kini Wardina Buka Mulut Beri Pandangan Isu Dibangkitkan Fynn Jamal

Featured Image 1 10 4

Sejak beberapa hari ini, kecoh tentang isu Fynn Jamal di media sosial. Isu ini bukan sahaja menarik perhatian netizen, malah ia juga menarik perhatian seorang penyanyi rap Malaysia iaitu Caprice.

Bagi yang belum tahu, isu yang dikatakan ini adalah tentang kenyataan yang dimuat naik oleh Fynn Jamal di IG miliknya seakan-akan menyalahkan mangsa gangguan seksual apabila jenayah itu berlaku pada mereka.

Baru-baru ini, pelakon Wardina Safiyyah turut memberi pandangan berhubung isu tersebut di IG Live

 

Wardina turut percaya, niat Fynn hanyalah untuk memberi kesedaran pada orang ramai, tapi mungkin cara dia menyampaikan isu berkenaan seperti menyalahkan wanita semata-mata.

Dalam masa yang sama, Wardina juga menasihatkan Fynn agar meminta maaf kepada semua dan akui isu tersebut adalah kompleks.

Nasihat saya minta maaf dan akui bahawa isu ini kompleks. Katakan bahawa awak bersimpati atas mangsa rogol. Lelaki patut dipersalahkan, tapi ada banyak faktor yang mendorong lelaki melakukan jenayah itu antaranya faktor psikologikal.” – Wardina Safiyyah

Dalam live yang dibuat ini, min tertarik dengan satu ayat yang dilontarkan oleh Wardina. Walaupun ianya nampak ayat ringkas, tapi maksudnya cukup mendalam.

Bukan tugas kita untuk menjaga iman lelaki, mereka perlu jaga iman mereka sendiri andai diletakkan perempuan bogel hadapan mereka sekali pun.

Nak tengok video penuh perbualan mereka boleh klik sini.

 

Baca: My mom dirogol waktu rumah dipecah masuk, I anak hasil tragedi tu”- Pengakuan Pemuda Ketika Live IG Caprice -Fynn Buat Netizen Terkejut

Annotation 2020 06 30 121247