in

“Kau buat hidup kami mcm neraka!” – Anak-Anak Pakat Belasah Mayat Bapa Sebab Dulu Curang Dengan Perempuan Lain

Belasah Mayat Bapa

Bagi sesetengah orang dendam kesumat memang kekal sampai bila-bila. Bagi mereka, seseorang yang pernah buat salah perlu terima akibatnya. Tapi, lebih ekstrem baru-baru ini sekumpulan adik beradik berpakat untuk membalas dendam kepada bapa mereka yang telah mati!

Menurut WOB, seorang lelaki tu di Jiangsu, China disahkan meninggal dunia disebabkan sakit yang sudah lama dihidapinya. Namun, kehidupannya sebelum itu malangnya tidak akan pernah dilupakan anak-anak mendiang.

Belasah
sumber: youtube

Melalui satu video yang viral di berita tempatan, sekumpulan adik beradik yang merupakan anak-anak kepada mendiang telah datang ke tempat dia diletakkan di dalam keranda.

Mereka dikatakan ingin membalas dendam kerana ketika masih hidup mendiang telah lari hidup bersama perempuan lain dan mengabaikan isteri serta anak-anaknya. Lebih menyakitkan hati, mendiang tinggal dengan perempuan itu di kampung yang sama isteri serta anaknya tinggal.

Meskipun dia telah mengabaikan keluarganya selama 40 tahun dan hidup dengan perempuan itu pun namun kos pengebumiannya terpaksa ditanggung keluarganya. Menurut laporan, perempuan tersebut telah hantar jumlah bil kepada anak-anak mendiang dari perkahwinan pertamanya itu dan meminta mereka untuk membayar.

Video: Children Drag Father's Corpse From Casket At His Funeral &Amp; Beat Him Up - World Of Buzz

Perkara itu membuatkan anak-anak mendiang mengamuk dan bertindak menyerbu tempat mendiang disimpan. Sekumpulan adik beradik itu kemudian membuka keranda serta mengheret keluar bapa mereka.

Masing-masing melepaskan rasa marah dengan melempang muka bapa mereka berkali-kali. Semuanya kerana selepas ditinggalkan mendiang, anak-anak dan isterinya terpaksa lalui hidup yang sangat sukar.

Kau buat hidup kami macam neraka padahal kau masih hidup! Kau ingat kami akan tolong (bayar bil pengebumian) bila kau dah mati?”

Video: Children Drag Father's Corpse From Casket At His Funeral &Amp; Beat Him Up - World Of Buzz 1

Lepas dah puas lepaskan segala yang terbuku di hati, anak-anak mendiang tinggalkan saja mayatnya dan terus beredar tanpa letakkan semula ke dalam keranda. Kes itu kini dalam siasatan polis di sana.

Tonton video di bawah: 

Lamanya 40 tahun Smiley Frown

Baca: “Menggatal dengan laki orang!” – Wanita Bengang Suami Curang, Simbah Tomyam Panas Dekat Perempuan Simpanan

Simbah Tomyam

Sumber: Portal