in

Kantoi Intai Orang Tukar Baju Dalam Bilik Persalinan

Pen Kamera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada jugak taktik kotor macam ni ye. Seorang wanita, Doreen telah berkongsi di Facebook pada 4 Ogos tentang insiden yang berlaku kepadanya semasa berada dalam fitting room kedai pakaian sukan dekat salah sebuah mall di Singapura.


Katanya, masa tengah mencuba pakaian di dalam bilik persalinan, dia ternampak ada sebatang pen yang diletakkan di bahagian atas bilik tersebut. Doreen kemudian mengambil pen tersebut untuk check dengan lebih teliti.

7 1
sumber: facebook

Rupa-rupanya, pen tu ada kamera tersembunyi! Doreen turut menjelaskan bahawa kamera tersebut masih beroperasi masa dijumpai sebab lampu pada pen tersebut berkelip dan ianya panas bila dia pegang.

1 1
sumber: wob
2 3
sumber: wob

Bengang dengan apa yang berlaku, Doreen memakai pakaiannya semula dan mengambil gambar pen tu sebelum keluar untuk melaporkan kepada pihak polis. Walau bagaimanapun, masa nak keluar, dia ditahan oleh seorang pekerja kedai tersebut.

8
sumber: facebook

“Satu-satunya pekerja di kedai tersebut berlari ke arah saya. Dia merayu supaya saya tak buat laporan polis dan memberitahu yang dia menyesal.”

“Dia merayu saya tak laporkan pada polis sebab hidup dia akan hancur kalau laporan dibuat. Dia juga jelaskan yang dia hutang duit dengan orang dan jualan rakaman dalam ‘pen’ tu akan digunakan untuk bayar hutang tersebut.”

“Itu buat saya lagi bengang.”

Doreen cuba pertahankan pen tersebut tetapi lelaki tu merampas daripadanya sehingga berlaku pergelutan dan dia ditolak ke lantai sebelum pen tersebut dibawa lari. Dengan bantuan orang ramai, Doreen dapat melaporkan insiden tersebut kepada polis.

4 1
sumber: facebook
H 2
sumber: facebook
G
sumber: facebook

Seperti yang telah dilaporkan oleh China Press, seorang lelaki bernama Jia Jun, turut membuat laporan polis di Johor Bahru selepas mendapati gambarnya dah viral dekat Facebook.

F
sumber: wob

Dia mengaku telah disiasat memandangkan insiden berkenaan telah berlaku sembilan bulan yang lalu tetapi tiada bukti yang dapat mengaitkan dia dengan pen tersebut.

Dia menjelaskan lagi bahawa dia tak dapat mengawal tindakan wanita tersebut, so dia juga membuat laporan polis mengenai hal tersebut. Doreen juga menerangkan bahawa sebab dia mendedahkan insiden adalah untuk memberi amaran kepada wanita di luar sana supaya lebih berhati-hati.

Hati-hati ye semua gegadis. Sekarang ni macam-macam cara dorang guna nak buat benda tak senonoh.

Baca: Wanita Terkejut Diintai Lelaki Gila Seks Beronani di Belakang Rumahnya

Man

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.