Sehingga kini, isu mengenai seorang pensyarah yang memarahi pelajar golongan B40 itu menjadi buah mulut netizen di seluruh platform media sosial, ramai yang bengang apabila melihat video tersebut.
Ramai pihak yang mula bersuara mengenai hal ini sehinggakan pihak institut pengajian tersebut sendiri tampil beri respon, ada yang membangkang dan ada juga ambil dari sudut positif seperti anak kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah Ahmad Zahid ini.
“Sikit2 letak kat SOCMED”
Umumnya, beliau ada ‘bersuara’ mengenai hal tersebut di Instagram miliknya semalam dan di ruangan komen, biarpun ada yang menyokong, ramai juga yang tidak bersetuju dengan pendapatnya.
https://www.instagram.com/p/Cbtj3qJBBo0/
Berikutan dengan kenyataannya ini, Nurul Zahid mengaku dia dikecam teruk oleh warganet sehingga ada yang kaitkan hal ini dengan hal politik.
Dalam luahan menerusi IG Story itu juga, Nurul Zahid meluahkan rasa terkilannya terhadap sikap biadap netizen tersebut.
Katanya, orang yang hebat akan berkata menggunakan fakta, bukannya dengan memfitnah, dari emosi dan gunakan serangan peribadi.
“Kamu bercakap tentang adab tetapi kami sendiri biadap dengan serangan carut marut kamu. Semua benda dipolitikkan. Memang tak boleh kena tegur.”
Malah, Nurul Zahid turut mempersoalkan sikap netizen yang suka play victim ini. Dalam pada itu, ada juga dikongsikan satu komen daripada individu yang dipercayai salah seorang pelajar pensyarah tersebut menceritakan sikap baik pensyarah tersebut.
Baca : “Sikit-sikit masuk socmed” – Isu Pensyarah Hina Pelajar, Nurul Zahid ‘Buka Mulut’