in

“Sikit-sikit masuk socmed” – Isu Pensyarah Hina Pelajar, Nurul Zahid ‘Buka Mulut’

Untitled Design 2022 03 30T170443.119

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini kita digemparkan dengan isu seorang pensyarah mengherdik pelajarnya kerana tidak mampu membeli sebuah komputer riba. Pensyarah dari universiti tempatan itu dikritik hebat oleh netizen kerana ramai yang merasakan pensyarah tersebut tidak berlaku adil kepada pelajar itu selain menghina status pelajar tersebut.

Sudah pastinya, ramai yang mula membuka mulut tentang isu ini termasuklah ahli politik dan juga selebriti tempatan kerana ia merupakan sesuatu yang sangat relatable untuk ramai orang.


Anak kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi iaitu Nurul Hidayah juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan pendapatnya berkenaan isu itu.

https://www.instagram.com/p/Cbtj3qJBBo0/?utm_source=ig_web_copy_link

“Saya pun ada pensyarah yang saya tak suka, tapi saya tak adalah nak aibkan pensyarah”

Dalam catatan di Instagramnya itu, Nurul berpendapat pelajar berkenaan tidak seharusnya memuat naik rakaman sesi pembelajaran dalam talian itu di media sosial jika benar-benar mahu menuntut ilmu.

“Prof tu marah sbb dah Sem 5 takda laptop. Yer la org susah tp sebagai pelajar, seharusnya bertanggungjawab juga dan letakkan perkara yg utama sebagai priority. Sy ni ada jugak pensyarah yg sy tak suka tp takda la smp nak aibkan pensyarah. Dah dia pensyarah dia marah la student yg dia rasakan tak ambik serius dan ambik mudah dalam hal pembelajaran.”

Nurul juga berkata dalam postingnya itu pelajar berkenaan perlu sedar bahawa realiti di alam pekerjaan lebih mencabar berbanding ketika sesi pembelajaran di peringkat universiti.

Dia juga berkata pendidik itu tidak menghina golongan B40 malah nada kasar yang digunakan kerana “sudah terlalu kecewa” dengan sikap pelajar berkenaan.

Hmm, apa pendapat korang pulak?

Baca: Dikecam Teruk Lepas Dikatakan Buat Lawak Isu Tuala Wanita, Nurul Zahid Tampil Bagi Respon

Untitled Design 2022 03 30T165718.038

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.