in

“Kami sedang berusaha supaya kabinet ini tidak tahan lama” – Shahidan Kassim

Shahidan Jatuhkan Kabinet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia tentang pembentukan kabinet baru, barisan pemimpin kali ini terdiri daripada gabungan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Terbaru, Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim menyatakan terdapat usaha yang sedang dibuat untuk memastikan Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan.


Dalam laporan MalaysiaKini, Shahidan memberi gambaran betapa kabinet yang digubal oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu tidak akan bertahan lama.

Mnbg

“Kita bersyukur, petanda yang baik sekarang ini ialah sokongan kepada PN luar biasa. Saya ucap tahniah kepada barisan kabinet Anwar Ibrahim. Kita redalah apa yang berlaku.

Jadi kami sedang berusaha supaya kabinet ini tidak tahan lama dan insya-Allah kami yang akan kembali memerintah berdasarkan mandat rakyat. Parti yang menang besar ialah anggota daripada PN iaitu PAS.” katanya.

Malah, bekas pemimpin UMNO itu juga berkata barisan kabinet yang dipilih itu tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menggalas tanggungjawab sebagai menteri sedangkan terdapat ahli parti UMNO serta DAP yang jauh lebih layak.

Selain itu, beliau juga menyifatkan pelantikan empat menteri dari senator sebagai tidak wajar.

Baca: PRU15: NGO Dakwa Sikap ‘Lupa Daratan’ Punca Barisan Nasional Kalah Besar?

Rbj Gekfdms.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.