Semalam, kita semua dikejutkan dengan berita penutupan akhbar tertua di Malaysia, Utusan Melayu Bhd akibat dari kekangan kewangan.
Sebelum ini, Utusan umumkan yang dorang masih boleh teruskan percetakan lepas menerima sejumlah wang dari UMNO, namun malangnya dengan bantuan itu pun Utusan Melayu masih tak boleh nak dipertahankan.
Ekoran dari itu, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mewakili Utusan telah menuduh pemilik Utusan Melayu Bhd tak bertanggungjawab kerana mereka tak jelaskan alasan mereka untuk menutup syarikat.
Menurut The Star, wakil NUJ, Mohd Taufek Razak yang bekerja untuk syarikat ini mengatakan majikan mereka pengecut.
Dorang semua dah lari. Semua pengecut – tak berani nak bagitahu kami sama ada dorang akan bayar pampasan atau gaji yang tertunggak. Kami tak tahu apa nasib kami.”
Taufek mengatakan yang lebih 700 pekerja telah dipaksa bercuti sehingga 30 Oktober tapi mereka tak terima apa-apa surat tamat bekerja mahu pun offer letter dari majikan mereka.
Bukan tu je, Utusan Melayu Bhd juga masih berhutang dua bulan gaji dengan pekerja-pekerjanya.
Tak tahulah nak marah ke sedih. Kami keliru. Kami tak dapat pun surat buang kerja, yang kami dapat hanyalah notis mengatakan kami tak boleh masuk bangunan selepas ia ditutup pada pukul 1 petang 19 Oktober.”
“Tindakan mereka ni sangat tak berperikemanusian – kami tak dapat papasan atau notis tentang apa yang berlaku. Cara mereka macam semua benda ni dah dijangka akan berlaku.
“Harini semasa briefing, tak ada sorang pun wakil dari eksekutif dan dorang biarkan pihak editorial dan pelikuidasi untuk jelaskan apa yang berlaku. Pihak pengurusan sorang pun tak ada.”
Taufik juga mengatakan, kerana kesian, pihak pelikuidasi telah pun memanjangkan masa untuk kosongkan bangunan sehingga pukul 6 petang pada hari Khamis 10 Oktober.
Walaupun kami tak dibayar selama berbulan-bulan, kami masih bekerja sebab kami sayangkan syarikat ni. Ni lah masalahnya kalau parti politik yang bayar akhbar.”
Allah kesiannya, dah lah sekarang susah nak cari kerja. Hopefully dorang dapatlah pampasan atau bayaran gaji yang tertunggak.