in

“Akhirnya tewas…” – Kakitangan Bakal Kehilangan Kerja, Utusan Melayu Sah Hentikan Operasi 3 Akhbar Esok

Kumpulan Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau terdahulu, Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd ada mengeluarkan kenyataan akan menghentikan percetakan 2 akhbar mereka iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo! dengan edaran terakhir pada 19 Ogos lepas.


Namun secara tiba-tiba, syarikat itu kembali membuat keputusan pada 21 Ogos untuk meneruskan penerbitan akhbar walaupun dilanda kemelut kewangan.

Ama
sumber: blog

Tapi tup-tup hari ini, Utusan sekali lagi membuat kejutan bahawa mereka akan menghentikan operasi dan semua pekerja diberikan notis pemecatan pada tengah hari tadi, lapor Utusan Online sendiri.

 

Tarikh akhir bekerja hari ini, tarikh akhir perkhidmatan pada 31 Oktober 2019

Berita sedih ini disampaikan melalui memorandum yang ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutif, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir dan menjelaskan bahawa tarikh akhir bekerja bagi kakitangan telah ditetapkan pada hari ini manakala tarikh akhir perkhidmatan ialah pada hari Khamis, 31 Oktober 2019.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat Utusan Melayu (M) Bhd. telah melalui tempoh perniagaan yang paling kritikal sejak mula beroperasi 80 tahun yang lalu. Keadaan syarikat semakin merosot selepas Mei 2018.

“Pelbagai usaha telah dilaksanakan dengan harapan untuk meletakkan syarikat kepada kedudukan yang lebih kukuh dan terjamin, antara langkah yang diambil ialah menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang menyaksikan lebih 700 kakitangan melepaskan jawatan mereka.

“Ini merupakan pemberhentian kerja berskala besar yang terpaksa dilakukan bagi kelangsungan syarikat,” katanya.

 

Gaji pekerja gagal dibayar, hutang tak dapat dijelaskan 

Tambah Abd. Aziz lagi, syarikat juga pada masa yang sama telah menjual aset-aset dan kumpulan bagi menampung modal dan mendapatkan aliran wang tunai mencukupi.

Pun begitu, edaran harian akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo makin menurun dan sasaran RM4 juta sebulan pulak gagal dicapai menyebabkan syarikat ini dalam keadaan tenat.

Utusan
sumber: berita harian sg

Dalam pada itu, dimaklumkan juga gaji pekerja kini gagal dibayar on time dan hutang pula tak dapat jelaskan serta semakin tertunggak. Syarikat Utusan kini katanya sedang berhadapan dengan pelbagai tindakan perundangan daripada pemiutang-pemiutang.

Langkah ini terpaksa diambil kerana Lembaga Pengarah berpendapat bahawa syarikat tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan,” kata Abd. Aziz.

72731480 2786257464717899 3406901447986511872 N
sumber: facebook

Sementara itu, satu taklimat katanya bakal diadakan kepada semua kakitangan pihak pelikuidasi pada jam 3 petang 30 Oktober nanti di Dewan Besar Utusan.

Marilah kita doakan semoga nasib pekerja-pekerja Utusan ini dibela dan semoga mereka mendapat pekerjaan yang baik selepas ini. Amin. 

Baca: “Moga berita lebih neutral lepas ni” – Utusan Melayu Bhd Tidak Ditutup, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Cerita Apa Sebenarnya Yang Berlaku

Um

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.