in

“Kami ckp u tipu org berapa ramai, dia hanya ketawa..”- Wanita Dipukau ‘Bhai’ Di Pasar Raya Terkenal Di Johor

Featured 25

Sekarang ni bila keluar pun rasa tak selamat, meskipun kat kawasan yang ramai orang.

Terbaru macam satu kejadian yang berlaku di sebuah pasar raya terkemuka di Johor.

Kisah ni viral di media sosial apabila seorang wanita dakwa yang berlaku kejadian pukau di perkarangan salah sebuah pasar raya di Batu Pahat.

Wanita tersebut yang berkongsi kisah di facebook memaklumkan bahawa ramai sudah menjadi mangsa, pada masa sama dia mengesahkan kejadian tersebut melibatkan pelaku berusia lingkungan 50-an.

KES PUKAU!!!!Area Eonbig Batu pahat…adik saya terkena..Mula2 mintak ikhlas,dy hulur ayat kad …bila kita hulur…

Posted by Ruhil Afiqah Omar on Tuesday, June 18, 2019

KES PUKAU!!!!

Area EonBig Batu Pahat…Adik saya terkena..Mula2 mintak ikhlas, dye hulur ayat kad …bila kita hulur ikhlas ,dye mintak lg rm20….lepastu terus jalan…

Kami nak masuk kereta,tgk kecoh2 pegang kad ayat tu..rupanya semua yg terkena…ada yg terkena smpai rm40..kebetulan ada polis ronda,kami bg tahu apa yg terjadi..si bhai ni dh takot lari….kami tak puas hati,kami sendiri pergi kejar smpai dpt…..

kami mintak balik duitnya…kami ckp u tipu org berapa ramai…dy hanya ketawa dan ulang kan duit nya….Harap org lain pon tak kena ….zaman skrg nk sedekah pon kena tgk org jgak..

Rupa-rupanya ramai yang berkongsi pengalaman yang sama dilalui wanita ini, malah modus operandi yang digunakan juga serupa dengan ‘bhai’ ni.

Cuma admin pun tak boleh nak pastikan sama ada ini merupakan kes pukau atau sebaliknya.

 

“Aku pun penah terkena tapi masa tu dia kat jb…bandar baru uda…datang nak jual mangkuk dr mekah katanya bayar ikut ikhlas tapi…”

1 8

3 8

2 8

So kemana sahaja korang pergi pastikan berhati-hati, elakkan berjalan seorang diri lebih-lebih lagi kat tempat sunyi.

Baca : Wanita Dipukau Dua Warga Emas Alim Hingga Kehilangan Barang Kemas Bernilai RM13,000

Pukau