Kebiasaannya, bagi negara yang ada empat musim, kalau dah masuk bulan Disember ini pastinya sudah lebat salji di sana. Lain pula dengan situasi di negara khatulistiwa, kalau hujung tahun hujan turun dengan lebat sekali sehingga menyebabkan banjir.
Walau bagaimanapun, sungguhpun beberapa kawasan di Jepun kini sudah hampir tenggelam dengan salji, rakyat Jepun agak bimbang kerana situasi di Gunung Fuji iaitu gunung yang tertinggi di Jepun tidak pula macam tu.
Menerusi perkongsian Mothership, puncak Gunung Fuji yang terletak di sempadan selatan wilayah Yamanashi dan Shizuoka ini tidak bersalji seperti kebiasaanya. Malah apa yang menakutkan penduduk di sana, adakah ini petanda gunung berapi bakal meletus tidak lama lagi? Alamak…
雪のある富士山が恋し過ぎる??#新富士山景 #癒しの富士 pic.twitter.com/9IkIleHHrb
— とにかく凄い富士山撮る人?橋向 真 (@MakotoHashimuki) December 22, 2020
Rakyat Jepun pelik, kali terakhir meletus tahun 1707
Bagi yang tak tahu, kali terakhir gunung ini memuntahkan volcano ialah pada tahun 1707, iaitu lebih dari 300 tahun dahulu.
Sejak letusan itu, volcano di gunung ini katanya telah melalui beberapa tempoh waktu yang membuatkan ia menghasilkan ratusan gegaran dalam tempoh sebulan.
Kejadian yang berlaku di Jepun ini sekaligus memberikan tanda tanya kepada netizen di sana akan apa yang sedang berlaku di gunung tersebut. Mereka siap membandingkan lagi gambar Gunung Fuji pada November lepas dengan keadaan gunung tersebut pada tahun ini.
Ini gambar November lepas:
去年の11月はこんなに雪が積もっていたのに?
この日は地表に雪がなくて高所には積もる撮りやすい状態でした?
2019/11#富士山 #mtfuji pic.twitter.com/4AlTki3CtP— Taiki @富士山写真 (@tanasan02) December 22, 2020
Ini pula gambar yang baru diambil pada tahun ini:
今の富士山
今年はほんとに雪がない
春から様子がおかしい
ずっと pic.twitter.com/nfaf5f4imy— ののそら (@59axN) December 21, 2020
日に日に雪がなくなっていく富士山を再び見にきた。#イマフジ pic.twitter.com/DTGfX77qxt
— 富士山写真家 オイ (@fujitomo_oi) December 22, 2020
Laa apa dah jadi ni??
Tiada salji petanda gunung berapi bakal meletus?
Menurut pengguna Twitter @unananan dan beberapa netizen lain di thread tersebut, mereka mula membuat teori kemungkinan ketiadaan salji tersebut adalah petanda kepada letusan gunung berapi.
これ·····今日の富士山ですよ············12月の富士山ですよ········?なんで雪ないねん······!?おかしい··········· pic.twitter.com/m8pME0suNm
— うなななん (@unananan) December 20, 2020
Malah ada juga berpendapat, kemungkinan besar suhu di puncak gunung tersebut semakin meningkat.
Kalau ia meletus, ia sangat berbahaya”
綺麗な富士山?
いつもなら雪化粧されてる頃なのに
今年は雪化粧されてなくて不気味…
富士山の温度が高くなってるのかな
噴火しちゃったらやばい? https://t.co/FcSCMSlOtu— _sumire_ (@SumireSy) December 23, 2020
Menurut Japan Times, letusan Gunung Fuji bukan sahaja bakal merosakkan harta benda yang akan membawa kepada kerugian sebanyak RM 97 billion tetapi Jepun juga bakal mengalami masalah utiliti awam, telekomunikasi dan kemudahan transport yang tergendala.
Tak cukup dengan itu, masalah kesihatan juga meningkat dek kerana asap dan habuk tebal yang dihidu orang awam.
Moga-moga rakyat Jepun dah standby dalam menghadapi bencana ini. Syukur Malaysia tak ada gunung berapi ye.
Baca: “Jepun ada budaya buruk ke?” – Ini 5 Budaya Jepun Yang Pelik Dan Tak Patut Kita Ikut