in

“Jepun ada budaya buruk ke?” – Ini 5 Budaya Jepun Yang Pelik Dan Tak Patut Kita Ikut

Bj8

Tak dapat dinafikan negara Jepun mempunyai banyak budaya baik yang boleh dicontohi. Tapi pernah tak korang terfikir kalau ada ke budaya buruk kat negeri matahri terbit ni? ADA.

Meh admin kupas sikit berkenaan budaya-budaya buruk orang Jepun yang kita tak patut ikut.

 

Layanan terhadap pesalah hukuman mati

Dalam sistem Jepun, layanan terhadap banduan biasa dan banduan yang dah disahkan bakal berdepan hukuman mati adalah berbeza.

Mereka yang berhadapan dengan hukuman mati akan diasingkan dalam penjara-penjara khas di tempat lain yang digelar sebagai pusat tahanan.

Ni Osaka Detention Center

Bj0

Segala hal ehwal banduan di situ hanya bergantung kepada budi bicara pengelola pusat tahanan.

Selain itu, kebebasan mereka juga terbatas.

Tak dibenarkan berbual sesama mereka. Riadah dua kali sahaja seminggu. Tak boleh bersenam dalam sel sendiri. TV tak boleh. Hanya tiga buah buku boleh disimpan.

Yang lagi menyedihkan, dorang tak tahu tarikh akhir sendiri.

Banduan hanya akan tahu pada pagi hari perlaksanaan hukuman dan selepas selesai baru lah warisnya akan dihubungi.

 

‘Memecat’ pekerja dengan menyeksa jiwa

Syarikat di Jepun susah untuk membuang pekerja yang bermasalah disebabkan oleh undang-undang di sana. Mereka boleh disiasat atas pemecatan tersebut atau perlu membayar pampasan yang tinggi.

Jadi, mereka memikirkan jalan yang lain yang boleh membuatkan pekerja tersebut berhenti secara ‘sukarela’.

Mereka akan ditempatkan pada satu bilik khas yang sengaja dibina oleh syarikat bagi tujuan ini dan di sini lah ‘penyeksaan’ bermula.

Bj2

Antara kerja-kerja (penyeksaan) melecehkan yang diberi seperti memeriksa video CCTV berjam-jam, buat kerja memasukkan data yang banyak, dan ada juga yang diwajibkan menonton skrin bagi mencari keganjilan dalam rancangan TV. Boleh berpinar mata dia.

Akhirnya, yang tak tahan akan berhenti sendiri. Tapi kat sini lain pula caranya, pindahkan kat cawangan jauh. Korang rasa mana lagi ok?

 

Karoshi – kerja sampai mati

Budaya kerja sampai mati. Ya, masyarakat Jepun memang lebih banyak menghabiskan masa bekerja daripada duduk rumah atau melepak.

Kerja kuat takpa, tapi dorang kerja kuat sangat sampai mati akibat keletihan!

Bj3

Satu per lima daripada pekerja Jepun berhadapan risiko ‘maut akibat kerja berlebihan.” – Astro Awani

Setiap tahun, ratusan kematian yang dikaitkan dengan karoshi adalah terkena serangan strok, serangan jantung dan bunuh diri.

 

Hikikomori – ‘memencilkan diri’

Tabiat mengurungkan diri bagi golongan anak muda bukanlah perkara pelik, even masyarakat tempatan sini pun ada. Ngaku jela yang duk bilik masa saudara datang tu.

Tapi, budaya hikikomori di Jepun ni boleh tahan parahnya. Dorang boleh duduk bilik bertahun lamanya!

Ni lah antara gambaran seorang hikikomori.

Bj4

Dianggarkan, lebih 700,000 orang anak muda memilih untuk memencilkan diri di dalam bilik mereka.

Hikikomori ini dikenalpasti jika seseorang itu mengurung dirinya sekurang-kurangnya tempoh 6 bulan dan keatas. Ia bukanlah hal yang pelik di Jepun.

 

Kodokushi – mati sendirian

Dulu, memang kebiasaan orang-orang tua yang tinggal sendirian mati tanpa diketahui oleh sesiapa, even keluarga sendiri. Min pelik kadang dorang ni tak berhubung ke?

Menurut sumber, ada satu kes pada tahun 2000, seorang warga emas telah meninggal dunia hanya dijumpai selepas 3 tahun. Tu pun sebab baki duit dalam akaunnya tak mencukupi untuk pemotongan khidmat utiliti air dan elektrik. 3 tahun weh.

Bj5

Namun, keadaan kodokushi lebih parah sekarang kerana ia juga melibatkan orang muda. Tahun 2015, dilaporkan sebanyak 238 kes melibatkan individu berusia 20-an dan 30-an. 80 peratus darinya adalah golongan lelaki…

 

Sumber : iluminasi ,

 

Baca : “Tahan lasak” – Ini 5 Fakta Menarik Tentang Randoseru, Beg Sekolah Pelajar Jepun

Bj

Sumber: iluminasi
Sumber: iluminasi
Sumber: TheVocket
Sumber: iluminasi
Sumber: Tumblr