in

“Kalaulah Ustaz Ebit boleh ke negara awak” – Netizen Salute Gadis Indonesia Tak Malu Kongsi Kehidupan Tinggal di ‘Gunung Sampah’

Gunung Sampah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak semua orang suka berkongsi akan realiti kehidupan mereka di media sosial, tambahan pula kalau mereka duduk di rumah yang kecil ataupun tidak sama ‘standard’ dengan rakan-rakan yang lebih berkemampuan.


Namun lain pula dengan gadis Indonesia di TikTok ini yang menggunakan nama @anay.nh, apabila dia kelihatan bangga dan bersyukur dengan kehidupannya yang sederhana.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, gadis ini memaparkan realiti kehidupannya dan keluarga yang tinggal dekat kawasan timbunan sampah di Daerah Bantargebang, Bekasi, Jawa Barat.

Apa yang lebih menyedihkan, ketika diminta netizen untuk membuat house tour, jelas kelihatan keadaan rumahnya yang serba kedaifan.

@anay.nh

Balas @menantueommajisung Catatanku:) #voiceeffects

♬ original sound – TDAC?OFFICIAL – BATTLE ZONE

Menurut gadis tersebut juga, disebabkan keadaan rumahnya yang serba kekurangan itu, atap rumah sentiasa bocor dan bahagian depan rumahnya juga akan kerap banjir. Allah… sedihnya tengok. 

@anay.nh

?

♬ Stuck with U – Melisa Hartanto

 

Ibu bapa bekerja uruskan sampah di pusat pembuangan 

Bagi yang tertanya-tanya kenapa gadis ini tinggal di kawasan yang penuh dengan timbunan sampah, sebenarnya ibu bapa kepada @anay.nh ini bekerja di sana untuk menguruskan sampah di Tempat Pembuang Sampah Terpadu (TPST) Bantargebang.

Realiti bekerja menguruskan sampah ini bukanlah senang seperti yang dipaparkan gadis ini, mereka perlu menahan bau yang busuk pada setiap hari.

@anay.nh

#voiceeffects Enaknya kerja deket sama orgtua ya gini, bisa saling mantau❤️

♬ Sumpah Kumencintaimu – Alsa – alsa

Bayangkan kalau bau sampah dalam tong sampah kat rumah pun dah busuk kan… inikan pula di kawasan timbunan sampah. Aduhai semoga bertabah dik, bekerja demi mendapat sesuap nasi…

@anay.nh

Balas @var_28 bayangin aja dlu ka?

♬ Solo – Clean Bandit,Demi Lovato

 

“Kalaulah Ustaz Ebit boleh ke negara awak, pasti awak akan diberi tempat tinggal” 

Perkongsian di TikTok gadis ini telah mendapat perhatian netizen yang simpati namun pada masa yang sama salute dengan ketabahannya dalam menjalani kehidupan.

Video gadis ini juga mendapat komen daripada netizen Malaysia yang meluahkan rasa sedih dan berharap Ustaz Ebit dapat membantunya jika pendakwah itu mampu ke Indonesia.

Baik 1

Apa-apapun admin puji sikap gadis ini yang tak malu dengan tempat tinggal dan pekerjaan ibu bapanya. Semoga terus sukses dalam hidup dan dapat balas jasa ibu bapa nanti. 

Baca: “Followers IG minimum 8K” – Universiti di Indonesia Tawar Kursus ‘Influencer’, Siapa Nak Jadi ‘Content Creator’ Boleh Cuba

Influencer

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.