in

“Followers IG minimum 8K” – Universiti di Indonesia Tawar Kursus ‘Influencer’, Siapa Nak Jadi ‘Content Creator’ Boleh Cuba

Feature 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni semakin ramai anak muda yang berminat nak jadi social media influencer ataupun YouTuber kan. Namun, admin sarankan kalau nak influence orang, biarlah influence dengan perkara-perkara yang berfaedah. Jangan lah sanggup buat benda pelik semata-mata nak jadi famous. 

Kali ini, ada berita baik untuk anda semua yang bercita-cita nak jadi content creator sebab menurut Kompas.com, ada kursus pengajian khusus bidang influencer telah ditawarkan di salah sebuah universiti di Indonesia.


Influencer 4
Gambar sekadar hiasan
Influencer 1
Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, kursus ini telah ditawarkan oleh Universitas Muhammadiyah Kalimantan Timur (UMKT) dalam bidang ‘Influencer Muda’. Namun, bukan senang tau nak masuk course ni sebab korang perlu ada jumlah followers atau subscribers tertentu dulu.

https://www.instagram.com/p/CLHUMRWn90g/

Selain itu, calon pelajar juga perlu memiliki atau membuat content yang educational, positif dan kreatif untuk kemajuan negara mereka.

Menurut Ade Ismail iaitu Pegawai Perhubungan Awam universiti tersebut, kursus influencer ini sesuai dengan perubahan zaman yang menjadi semakin maju dan ke arah digital.

Program pengajian ini dapat mengembangkan kreativiti dan membangunkan Indonesia dengan menyajikan kandungan yang positif dan berkemajuan,” katanya.

Influencer 2

Untuk syarat pendaftaran pula, calon pelajar yang berminat perlu mempunyai minimum 3 ribu hingga 5 ribu subscribers di YouTube dan minimum 8 ribu hingga 10 ribu pengikut di Instagram, TikTok atau Twitter. Katanya, kalau ada lebih followers dari yang ditetapkan pun lagi bagus. 

https://www.instagram.com/p/CLDl1IVgguW/

Ada ke antara korang yang berminat nak belajar dalam jurusan ni jugak? 

Baca: Ramai Terkejut Tengok Video Tular ‘Sekolah Untuk Influencer’! Benarkah Ia Wujud?

Influencer

Sumber: Forbes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.