in

“Kalaulah dia tahu maksud lirik tu” – Penyanyi India Mengaku Sering Dodoikan Anak Dengan Alunan Zikir Hasbi Rabbi

Hasbi Rabbi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingat tak masa kita kecil-kecil dulu, ibu dan ayah sering dodoikan kita tidur dengan alunkan zikir-zikir lazim macam selawat ke atas nabi, hasbi rabbi dan lain-lain. Dengan kemudahan teknologi sekarang, alunan zikir ni boleh dipasang melalui telefon pintar.


Tapi pengakuan dari seorang penyanyi latar India, Sithara Krishnakumar jadi tular di Twitter semalam lepas dia mengaku mendodoikan anaknya dengan zikir Hasbi Rabbi. Waa biar betul! Non muslim pun nyanyikan Hasbi Rabbi? 

 

Anak kerap mahu ibu nyanyikan lagu Arab Hasbi Rabbi 

Dalam satu rancangan bual bicara Tamil di India, pengacara telah mengajukan soalan kepada penyanyi latar popular di Kerala ini tentang lagu apa yang dia sering nyanyikan untuk dodoi anaknya tidur.

Pada mulanya Sithara cakap dia nyanyi macam-macam jenis lagu. Tapi ada satu lagu spesifik yang anaknya selalu request untuk dia nyanyi. Lagu tu katanya lagu Arab dan ia rupanya zikir Hasbi Rabbi! 

 

“Sedap je mendengar suara dia” 

Rata-rata netizen ni memang terpegun dengan suara Sithara yang merdu tu menyanyikan zikir Hasbi Rabbi. Malah ada juga yang curious sama ada Sithara dan anaknya tahu atau tak maksud disebalik ‘lagu’ yang dia sering nyanyikan tu.

Nabi
sumber: twitter

 

“I wonder if she knows what the lyrics means” 

Hidayah
sumber: twitter

Bagi admin, alunan zikir ni bukan saja budak kecil dengar menenangkan, orang tua macam kita pun kalau dengar mesti rasa ringan je badan ni. Kan? 

Baca: “Humming pun dah sedap” – Ramai Netizen Cair Dengan Suara Klasik Ibu Pemuda Ni Cover Lagu P Ramlee

Hum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.