in

Kalau UMNO Tak Mahu Najib, PAS Sanggup Terima

Salam2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ni kita asyik dengar yang parti UMNO mahu bekas presidennya tarik diri daripada terlibat dalam apa-apa kempen PRK atau lebih baik jauhkan dirinya saja dari UMNO.


Tapi lain pulak dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang kata mereka tak ada apa-apa isu dengan Najib dan berharap kalau bekas PM itu terlibat sama dalam kempen PRK Seri Setia tak lama lagi, lapor Malay Mail. Kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mereka tak menutup pintu pada sesiapa termasuklah bekas PM itu. 

F0C9Efe177D834E56F32Af9A11E99Fed
sumber: malaysiakini

“Kita tidak tutup pintu kepada semua, terpulang kepada pandangan masing-masing perlu atau tidak untuk datang,” katanya kepada media.

Najib sebelum ni memberitahu yang dia ‘mahu berehat’ daripada berkempen pilihan raya kecil termasuklah PRK di Balakong Sabtu ni. Najib jugak dilaporkan berbuat demikian lepas terima desakan yang suruh beliau ‘jarakkan diri’ dari UMNO lepas parti tu tewas di PRK Sungai Kandis.

20180810Ai4
sumber: mmo

Sementara tu, bila ditanya sama ada PAS akan beri sokongan kepada MCA di PRK Balakong nanti, Abdul Hadi menjawab,

“Insya-Allah kerana kita sama-sama semangat pembangkang.” 

Calon PAS Dr Halimah Ali telah diumumkan bakal bertanding melawan calon PKR di PRK Seri Setia yang akan diadakan pada September nanti.

UMNO tak mahu, PAS ada kan…

Baca: Nazri Sokong Kepimpinan Tun M

Nazri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.