in

“Kalau tepat kena mata, boleh silau” – [VIDEO] ‘Pilot’ Tegur Individu Pancar ‘Laser’

Laser Pesawat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak perkara yang tampak remeh tapi sebenarnya amat membahayakan, seperti baru-baru ini, seorang juruterbang menerusi TikTok miliknya memberitahu pancaran laser sebenarnya mengganggu pesawat.


Perkongsian @mrturboprop itu memberitahu pancaran laser pada waktu malam sebenarnya mengganggu penglihatan juruterbang malah ia juga boleh membahayakan penumpang pesawat.

@mrturboprop

Bro, jgn buat hal please. Lokasi: belakang taman Elmina #laser #danger #landing #pilotlife #edutok #learnontiktok #elmina

♬ original sound – MrTurboProp – MrTurboProp

Dalam videonya itu, ketika dia sedang mengendalikan pesawat, kelihatan cahaya laser berwarna hijau sewaktu terbang berdekatan sebuah perumahan.

“Belakang Taman Elmina. Bro, jangan buat macam ni. Untuk pengetahuan anda, masa ‘landing’ malam lampu kokpit akan dimalapkan. Supaya kita boleh ‘adjust’ mata dengan kegelapan di luar.

Kalau ‘aim’ tepat kena mata, boleh silau. Boleh bahayakan keselamatan pesawat. Kalau ‘high powered laser’, terus buta kami,” katanya.

Video berkenaan menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen dan setakat artikel ini ditulis ia telah mendapat lebih sejuta tontonan serta lebih seribu komen.

Netizen rata-rata bersetuju dengan luahan juruterbang berkenaan malah ada yang meminta agar tindakan segera diambil ke atas pelaku.

Cats 72

Korang kalau ada laser macam tu, jangan duk suluh kapal terbang pulak…

Baca: [VIDEO] Lelaki Ini Sanggup Naik 6 Penerbangan Sehari Semata Nak Cuba Makanan Pesawat

Cuba Makanan Pesawat Sehari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.