in

[VIDEO] Lelaki Ini Sanggup Naik 6 Penerbangan Sehari Semata Nak Cuba Makanan Pesawat

Cuba Makanan Pesawat Sehari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, influencer atau pencipta kandungan akan mencuba makanan yang disyorkan oleh pengikut mereka seperti di restoran mewah atau kedai viral.

Tapi, lain pula dengan seorang pengguna TikTok @maellambongasis yang menyahut cabaran pengikutnya untuk mencuba makanan dalam pesawat dalam satu hari.


Pun begitu, video yang dikongsikan ini telah menarik perhatian ramai apabila dia sanggup menaiki enam penerbangan iaitu dua penerbangan AirAsia dan empat penerbangan MyAirlines untuk mencuba makanan di dalam pesawat tersebut.

@maellambongasis

Replying to @Syukrizzz makan airlines meal in a day!! Let’s go!! #fyp #pov #flight #meal #fypシ #traveller #airasia #myairline #airlinereview

♬ original sound – Mael Lambong Asis – Mael Lambong Asis

Dalam video itu, dia memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kelantan menggunakan penerbangan AirAsia. Kemudian, kembali semula ke Kuala Lumpur dan bertukar ke penerbangan MyAirlines untuk ke Miri dan berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Bermula dari sarapan hingga makan malam, dia telah mencuba beberapa menu dan memberi ulasan tentang makanan yang diterima.

Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya tidak menyangka lelaki ini sanggup menaiki penerbangan semata-mata untuk mencuba hidangan di dalam pesawat sahaja.

Malah, ada yang tertanya-tanya berapakah kos yang telah dibelanjakan lelaki ini menaiki enam penerbangan dalam sehari.

Dalam pada itu, videonya juga telah menarik segelintir netizen untuk mencuba beberapa menu yang dikongsikan itu.

Baca: Youtuber Sengaja Biar Pesawat Terhempas Demi Konten Bakal Dipenjara 20 Tahun
Pesawat Terhempas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.