Penyanyi Adira Suhaimi kini dilihat sekali sekala muncul dalam live TikTok suaminya, Datuk Red berniaga di TikTok selepas seminggu usahawan tersebut tular di media sosial.
Menerusi live TikTok baru-baru ini, Adira sempat mengatakan kepada netizen bahawa dia dan Datuk Red tetap akan berkawan sekiranya tiada jodoh antara mereka.
Dalam video yang dikongsikan itu, dilihat Adira dan Datuk Red sedang menjual biskut raya dan sambal bilis pedas.
Artikel berkaitan: 15K Tonton ‘Live’ Datuk Red Jual Kuih Raya, Raih RM78K Sehari
Artikel berkaitan: “Saya scammer yang baik” – Demi Puaskan Hati Netizen, Datuk Red Mengaku ‘Scammer’
“Kalau takde jodoh pun kitorang masih akan jadi macam ni. Kawan okay.
“Kitorang tak nak gaduh-gaduh. Kesian lah anak besar panjang, dah faham dah,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu juga menyatakan perkara sama kepada penonton mereka tentang hubungannya dengan Adira.
“Dah berbaik, macam mana pun kami berbaik tuan-tuan. Tengok kadang-kadang kami macam itu ini (perselisihan faham) kami okay,” jelasnya.
https://www.tiktok.com/@abgred_/video/7353927263743724808
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen yang melihat video tersebut meminta supaya pasangan ini tidak bercerai dan terus bertahan.
Netizen juga menyatakan rasa senang dengan kemesraan yang ditunjukkan pasangan ini dan berharap pengakhiran yang baik buat mereka.
Terdahulu, Adira telah menfailkan penceraian terhadap Datuk Red sekitar Oktober tahun lalu. Walaupun usahawan itu ingin mempertahankan rumah tangganya, namun Adira nekad untuk berpisah tanpa memaklumkan sebab sebenar.
Sumber: TikTok