in

Kalau Tak Ada Urusan Penting Jangan Hadir Ke HTAR Klang – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Jangan Pergi Hospital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan puluhan kakitangan hospital dan pesakit dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang yang positif COVID 19, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) semalam menasihati orang awam agar tidak hadir ke HTAR jika tiada urusan penting. 


Menurut Astro AWANI, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, pihaknya mengesahkan bahawa 50 petugas hospital berkenaan telah dijangkiti COVID-19. 

Kesemua kakitangan ini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan siasatan bagi punca sebenar jangkitan sedang giat dijalankan.

Kenyataan Akhbar Maklumbalas Kenyataan Akhbar Berkenaan Jangkitan COVID-19 Dalam Kalangan Pesakit dan Petugas Kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, December 17, 2020

 

“Siasatan oleh pasukan JKNS dan HTAR tidak dapat mengenal pasti punca jangkitan petugas kesihatan berkenaan, sama ada berlaku sebelum pesakit dimasukkan ke dalam hospital ataupun semasa pesakit berada dalam tempoh inkubasi iaitu selama 14 hari, namun keadaan terkawal.

“Kesemua kontak diambil ujian swab dan diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), malah semua pesakit yang kontak kepada kes juga diambil swab ujian yang sama,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa sedang menghadiri satu mesyuarat bagi selesaikan keperluan dan tindakan berkenaan isu tersebut.

Ketika ini, situasi di HTAR menurutnya dalam keadaan terkawal dan orang ramai diminta untuk tidak menularkan dakwaan atau berita palsu yang tidak benar mengenai HTAR.

51608215510 Hospitalklang

Semalam, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan bahawa Selangor mencatatkan kes jangkitan baru tertinggi dengan rekod sebanyak 368 kes daripada jumlah keseluruhan yang dicatatkan negara iaitu sebanyak 1,220 kes.

Semoga petugas kesihatan yang dijangkiti wabak tersebut cepat sembuh. 

Baca: “Punca wad sesak” – Hampir 100 Staf & Pesakit Hospital Klang Positif Covid-19

Klang

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.