in

“Punca wad sesak” – Hampir 100 Staf & Pesakit Hospital Klang Positif Covid-19

Klang E1608347057239

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa kakitangan hospital dan pesakit dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (Htar) di Klang Selangor, positif Covid-19, ia disahkan sejak 2 minggu lalu.


Disebabkan itu ia telah menimbulkan rasa bimbang jika berlaku penularan dalam hospital terbabit sendiri.

Menurut Malaysiakini, dikatakan ada pesakit yang ditahan kerana masalah kesihatan dan tiada kena mengena dengan Covid-19 pada mulanya diuji negatif, tetapi kemudiannya menjadi positif selepas muncul gejala Covid-19.

Dikahabarkan, kesemua pesakit dan staf yang diuji positif telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi rawatan lanjut.

Malah, Malaysiakini juga difahamkan terdapat wakil kementerian kesihatan Malaysia (KKM) menghadiri taklimat berhubung kemungkinan berlaku penularan di hospital itu hari ini.

 

40 kakitangan & 50 pesakit

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Dr Sha’ari Ngadiman mengesahkan program taklimat tersebut.

“Saya ambil maklum ada kes (melibatkan jururawat dan pesakit terkena Covid-19) di sana.

“Sebab itu, orang kementerian tengah ke sana dan dapatkan penjelasan lanjut dengan pihak hospital Htar. Jadi saya tak boleh nak beri komen lanjut,” katanya.

Sumber dalaman daripada hospital terbabit juga mendedahkan bahawa  lebih 40 kakitangan Htar  yang terdiri daripda doktor, jururawat dan pembantu perubatan, serta 50 pesakit positif Covid-19 sejak tiga minggu lalu.

Dikatakan juga bahawa penularan di dalam hospital itu ada berlaku di beberapa hospital awam di Selangor.  Antaranya Hospital Shah Alam, Hospital Tanjung Karang dan Hospital Banting tetapi masih belum lagi mengalami penularan sama seperti di Htar.

 

Punca akibat wad sesak?

Sumber tersebut turut mendakwa, penularan dalam Htar berlaku disebabkan oleh keadaan wad yang sesak.

Difahamkan, hospital tersebut mempunyai 1,094 katil dan menerima pesakit paling ramai antara semua hospital awam di Selangor, tidak termasuk Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Tambahnya lagi, ini bukanlah kali pertama Htar mengalami penularan Covid-19. Htar pernah mengehadkan waktu lawatan dan tidak membenarkan kanak-kanak bawah 12 tahun kecuali pesakit masuk pada Mac lalu.

 

Baca : “Sikit demi sikit famili kena hantar hospital” – 16 Sekeluarga Positif Covid-19, Dituduh Sengaja Pergi ‘Red Zone’

Capture 15 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.