in

“Kalau salah kita terima sajalah, move on” – Bekas Ketua Pengarah MSN Anggap Ziyad Tidak Wajar Diberi Ganjaran

Ziyad Tidak Layak Terima Ganjaran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sungguhpun sudah memecah rekod dunia, kemenangan Muhammad Ziyad Zolkefli yang ditarik balik pingat emasnya dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini ternyata memberi impak besar dalam dunia sukan negara.



Salah satunya ialah apabila cadangan untuk memberi ganjaran setimpal buat Ziyad dianggap tidak wajar oleh bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang memandang ‘kegagalan adalah kegagalan’.

71496654125 Zolkplesembong 1

Menurut Berita Harian, Zolkples berkata, insiden malang yang menimpa Ziyad haruslah dijadikan pengajaran dan sekiranya cadangan pemberian ganjaran itu diterima, ia bakal memberi impak negatif pada masa hadapan jika perkara yang sama berlaku pada atlet lain.

Tegasnya lagi, perkara ini juga bakal menidakkan syarat-syarat yang termaktub dalam pemberian ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Majlis Sukan Negara (MSN).

Asasnya, Ziyad dalam kes ini, dia dikatakan ‘Did Not Start’ walaupun mengambil bahagian dalam (status) protes dan segalanya. Pada akhirnya, kejayaan dia ditarik dan dia tidak berjaya, gagal. Jadi, bagaimana kita nak menafikan kegagalan itu?

“Di sini ada yang ingin mengambil kesempatan. Ada yang nak ‘menangguk di air keruh’, kononnya nak tunjuk simpati. Saya pun simpati. Kalau nak dikirakan nilai sentimental, saya adalah orangnya kerana sayalah yang mula membawa Ziyad sewaktu saya Ketua Pengarah MSN.

“Kejayaan Ziyad bermula di London 2012, pada masa itu saya ketua kontinjen dan dia memenangi pingat gangsa,” katanya.

9Th Asean Para Games Kl2017 Men Shot Put F20 Gold Medallist Malaysia Muhammad Ziyad Zolkefli 1 6

 

“Kecualilah mereka yang cadangkan itu ingin bagi duit sendiri” 

Terdahulu, Kementerian Belia & Sukan (KBS) dilaporkan mencadangkan kepada Kabinet untuk memberi ganjaran setimpal buat Ziyad bagi menghargai pencapaiannya di Paralimpik Tokyo 2020.

Malah bekas menteri KBS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican juga secara lisan menyokong idea yang bakal dibentangkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ke Kabinet nanti.

Bernama 03052021 Atlet Bn202109011720 Muhammad Ziyad Zolkefli

Pun begitu, Zolkples berpendapat ganjaran yang dicadangkan itu adalah lebih baik digunakan untuk bantu rakyat dalam kesusahan akibat pandemik.

“Kecualilah kalau mereka yang cadangkan itu ingin mencari duit sendiri, bagi duit sendiri… itu lainlah. Tapi jangan guna duit SHAKAM kerana di bawah kategori SHAKAM, tak ada peruntukan yang boleh membenarkan Ziyad menerima imbuhan ini.

“Apa yang penting, jangan mulakan kerana kalau diberi nanti, apabila ada lagi kes seperti ini berlaku, maka akan jadi haru-birulah. Seperti saya katakan, peraturan dibuat untuk diikuti bukan untuk dilanggar.

Ziyad 1

Dalam mana-mana pertandingan, ada peraturannya ada SOP (Prosedur Operasi Standard) yang perlu diikuti, kalau salah kita terima sajalah. ‘Move on’.

“Lagipun, Ziyad sendiri sudah menerima banyak insentif sebelum ini. Dia sudah menerima skim persaraan, skim ini sekali seumur hidup dan dia sudah menerimanya sejak 2016 lagi,” katanya lagi.

 

“Bagi laa sikit… dia pecah rekod dunia kot” 

Dalam pada itu, pendapat yang dikongsikan Zolkples telah mendapat bantahan netizen yang merasakan usaha Ziyad patut dihargai kerana berjaya memecah rekod dunia.

Tidak Layak Diberi Ganjaran

Apa-apapun ada baiknya jika mereka yang lebih arif membuat keputusan mengenai hal ini. Kita sebagai penyokong, teruskan beri semangat pada Ziyad untuk terus perform next Paralimpik nanti.

Baca: “Ada cakap saya lewat sebab sebok telefon keluarga” – Ziyad Zolkefli Buka Mulut Isu Lambat Masuk Call Room

Fi Ziyad Buka Mulut

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Sports247
Sumber: MalayMail
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.