in

“Sayalah Ultraman melawan Godzilla (Anwar)” – Faizal Azumu

Ft Faizal Azumu Vs Anwar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mewakili Parti Perikatan Nasional, Ahmad Faizal Azumu telah menyamakan dirinya sebagai “Ultraman” dalam pertembungan beliau dengan Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim untuk kerusi parlimen Tambun.


Memetik laporan FMT, beliau ditemui selepas membuang undi di Tambun pagi tadi, Timbalan Presiden Bersatu itu juga menyamakan Anwar, presiden PKR, seperti “Godzilla”.

 

“Peluang saya nampak positif, menentang Godzilla, saya Ultraman.”

Screenshot 2022 11 19 141531

Bekas Menteri Besar Perak itu juga berharap rakyat Malaysia  tidak perlu menunggu sehingga ke lewat malam untuk keputusan pilihan raya.

Beliau percaya ini boleh dilakukan memandangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai pegawai yang mencukupi untuk menyelia proses pengiraan undi dan mempunyai teknologi yang semakin maju sejak 2018.

“Saya percaya tidak sukar untuk mengira undi. Saya harap kami tidak perlu menunggu sehingga tengah malam (untuk keputusan).”

1821090 1

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Yunus Ramli, calon PN bagi kerusi DUN Tioman, Pahang yang meninggal dunia awal pagi tadi akibat komplikasi jantung.

Faizal dan isterinya, Nomee Ashikin, antara yang terawal tiba di pusat mengundi Sekolah Agama Rakyat Al-Ihtidayah di Tambun Heights untuk membuang undi bagi kerusi Parlimen Tambun dan DUN Hulu Kinta.

Bekas Ahli Parlimen Tambun itu dalam pertarungan empat penjuru untuk mempertahankan kerusinya, menentang Anwar daripada Pakatan Harapan, Aminuddin Hanafiah daripada Barisan Nasional dan Abdul Rahim Tahir daripada Pejuang.

Baca : Perak Bakal Dapat MB Baru, Ahmad Faizal Azumu Gagal Dapat Sokongan Majoriti & Berundur Dari Jawatan Menteri Besar

Faizal Azumu Mb

Sumber: FMT
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.