in

“Kita munajat tak makan popcorn” – Faizal Azumu Sindir Anwar Ibrahim?

Ft Anwar Ibrahim Popcorn 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi dilihat Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tiba di perkarangan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau yang memandu sendiri bersama isteri memberhentikan keretanya untuk bertegur sapa dengan pihak media yang sudah berkerumun disitu.



Saat ditanya sebarang perkembangan mengenai situasi politik itu, Ahmad Faizal sempat berseloroh dengan pihak media untuk minta tanyakan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana beliau menonton wayang semalam.

 

Tengok wayang – Anwar Ibrahim

Ia berikutan dengan satu video tular semalam saat pihak wartawan bertanyakan kepada Presiden Pakatan Harapan (PH) itu mengenai lokasi yang ingin dituju.

Malah, tular juga video yang memperlihatkan Anwar Ibrahim memberikan popcorn kepada para wartawan yang menunggu di luar pejabatnya di Bukit Gasing, Petaling Jaya pada hari yang sama.

 

“Semalam dia tengok wayang cerita apa? Seronok tak?” – Faizal Azumu

Oleh itu, Faizal Azumu memberikan satu kenyataan yang seolah-olah respon tindakan Anwar semalam saat ditemui di perkarangan kediaman Presiden Pakatan Harapan (PH) itu.

“Tanyalah Anwar. Semalam dia tengok wayang cerita apa? Seronok tak?”

Dalam pada itu, wartawan daripada Astro Awani sempat bergurau dengan bertanyakan jika beliau ada menyediakan popcorn untuk pengamal media atau tidak, ini jawapannya.

“Saya tak tengok wayang. Kita munajat tak makan popcorn,”

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Anwar menang besar di Parlimen Tambun dengan memperoleh 49,625 undi dan majoriti sebanyak 3,736 undi.

Beliau mengalahkan Ahmad Faizal selaku penyandang kerusi yang memperolehi 45,889 undi sementara calon BN, Datuk Aminuddin Md Hanafiah mendapat undian sebanyak 28,140 dan calon Pejuang, Abdul Rahim Tahir sebanyak 1,115 undi.

Baca : “Sayalah Ultraman melawan Godzilla (Anwar)” –  Faizal Azumu

Ft Faizal Azumu Vs Anwar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.