in

“Kalau dengar orang jerit ‘change money’ jangan tukar” – Ini 9 Penipuan Di Guangzhou, Hati-Hati Sebelum Terkena!

Guang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penipuan pelancong ada di mana-mana tak kiralah sama ada di Malaysia, apatah lagi di negara luar. Bersempena cuti sekolah ini, pastinya ada di antara korang kat luar sana bercadang ataupun sudahpun dalam perjalanan ke destinasi percutian.


In case kalau korang bercadang nak pergi ke Guangzhou, pastikan korang berhati-hati elakkan daripada terjebak dalam situasi di bawah. 

 

Penipuan yang korang perlu elak kalau ke Guangzhou:

Berikut perkongsian dari laman Viral Oh Viral mengenai penipuan ini: 

1. Jika di plaza borong, akan ada yg akan jerit “change money, change money”… Tolong jangan tukar duit di situ… (Duit palsu sangat-sangat banyak di sana).

2. Kalau ada yang ajak naik ke bilik kebal “go my office”, jangan ikut kalau berseorangan. Nasib tak baik dia paksa beli, kalau tak beli dia tak bagi keluar dari bilik kebal tu.

3. Naik teksi pastikan seorang duduk di depan. Sebelum bayar tambang teksi pastikan check dulu duit kita. Lepas bagi duit perhatikan tangan driver betul-betul. Kadang-kadang dia tukar duit palsu, dia akan mintak kita bagi duit lain.. pastu dia akan ulang-ulang.. (Kalau ada Wechat Pay lebih baik) Download Apps Didi (Register guna kad kredit tak pun Maybank debit card).

56157851 956684791359406 2949754255805775872 N
sumber: facebook

4. Kalau di mana-mana plaza borong jumpa orang nak minta derma buat masjid, jangan bagi. Itu sindiket. Masjid tu tak pernah siap dari 2013.

4. Kalau jumpa orang nak jual handphone secara sorok-sorok… laptop dan ipad, itu jangan beli.. nanti dia swap dengan dummy set.

5. Kalau jumpa orang jual manisan macam kuih bepang, jangan beli banyak. Kalau dia dah potong wajib beli.

56213717 956685141359371 2453656254325719040 N
sumber: facebook

6. Naik teksi pastikan dia pakai meter dan minta resit

7. Kalau di plaza-plaza borong ada orang minta sedekah pastikan jangan bagi banyak-banyak. Nanti mereka datang lagi ramai.

8. Di plaza-plaza borong juga nanti ada orang jual paip air, mesin massage, mancis api. Jangan beli.. sebabnya banyak barangnya kualiti tak bagus.. harganya juga mahal.

9. Jangan tukar duit kalau rate yang dia bagi melebihi dari rate semasa… Tinggi chance dapat duit palsu (contoh hari ni rate RM1.65.. tiba2 dia bagi RM1.70.

55506889 956684921359393 1755814658175926272 N
sumber: facebook

 

Jangan tumpang luggage, beli secukupnya! 

Bagi yang nak luar negara, korang pastikan beli atau bawa luggage secukupnya. Jangan pinjam kilogram, boleh tambah di website dan bayar. Jangan bagi orang mengata ye! Pastikan passport dijaga dengan baik ye. Jangan sampai hilang!

Abamkorie 1516415449985
sumber: blog

Take note ye korang akan info di atas! 

Baca: Lelaki Tipu Pakej Percutian Murah, Cabar Mangsa Buat Laporan Polis Selepas Dimarahi

Tipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.