Siapa tak kenal dengan pelakon jelita berdarah kacukan Amelia Henderson? Dek kerana kejelitaannya dan kepetahannya, Amelia bukan saja terkenal sebagai pengacara namun kini seorang pelakon yang berbakat.
https://www.instagram.com/p/CF4WiQPgW6A/
Walau bagaimanapun, sudah menjadi adat kalau seseorang itu bergelar artis pastinya dia tidak kalis komen dan kritikan hebat daripada netizen.
Baru-baru ini, Amelia telah memuat naik satu gambar di Instagram peribadinya yang kelihatan agak seksi di mata pengikut Instagramnya. Gambar tersebut mendapat reaksi negatif dan komen ‘pervert’ daripada netizen siap ada yang tinggalkan komen “Welcome to hell”.
https://www.instagram.com/p/CGKW6FMAwmz/
Malah bukan gambar ini saja yang mendapat perhatian netizen, boleh dikatakan hampir kesemua gambar lain juga mendapat komen yang lebih kurang sama.
“Kalau nak nampak bodoh public silakan” – Amelia
Macam manapun, dalam satu video yang di retweet oleh Amelia sendiri di Twitter, dia menjelaskan bahawa dia tidak kisah dengan komen-komen yang diterimanya dan juga tidak mahu mengambil tindakan mem’block’ individu terbabit.
this interview was done really late at night and i was absolutely exhausted but still facts & facts only. i stand by what i said 100% https://t.co/gfzzb6SdpI
— anggun zahara (@ameliath) October 11, 2020
Menurut Amelia lagi, dia tidak faham mengapa netizen perlu membuka akaun Instagramnya untuk melihat gambar-gambarnya dan meninggalkan komen yang negatif. Malah jikalau netizen benci melihat gambarnya, lebih baik mereka blocknya saja.
“Kalau you nak datang, nak search my name, nak tengok my pictures… itu keputusan you.
“Bukan I datang kat rumah macam… ‘hello!’ Tak pun. So kalau you kat page I, ada banyak sangat masa, nak komplen pasal apa yang post… that’s up to you. Sebenarnya you ada juga keputusan untuk block me.
“Kalau you betul-betul benci tengok muka I dekat timeline you, tolonglah block!“ katanya.
Video tersebut mendapat komen yang pelbagai daripada netizen dan ada yang menyokong Amelia dengan menyuruhnya endahkan saja kata-kata netizen tersebut serta teruskan dengan kehidupan seperti biasa.
Apa-apapun bagi admin, boleh saja kita nak menegur tetapi dengan cara yang baik lah. Yang admin perasan, kebanyakan yang komen tu bukan nak menegur tapi lebih kepada nak tinggalkan komen ‘tak elok’ je. Aduhai!
Baca: Kenali Amelia Henderson, Pelakon Pan-Asian Makin Curi Perhatian Penonton