Lantang dalam mengulas isu semasa dan mendedahkan rahsia kegiatan seseorang, ada pihak lain cuba untuk melakukan perkara yang sama terhadap Caprice.
Di TikTok ada seorang wanita telah raih perhatian netizen apabila dia mengatakan bahawa dia mahu bongkar rahsia penyanyi rap tersebut.
Kalau being a badboii is a jenayah – Caprice
Ramai netizen tidak sabar untuk ketahui perkara tersebut. Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan kami mendapati bahawa video tersebut telahpun dipadamkan.
Ternyata ekoran dengan penularan video ini, Caprice tidak menafikan bahawa dia turut terpanggil dengan dakwaan wanita tersebut.
Katanya, perkara itu dimaklumkan setelah isterinya kejut dari tidur bertanyakan gerangan wanita tersebut.
Lantas Caprice selongkar semula album lama dari Facebook miliknya dan tunjukkan koleksi gambar-gambar lamanya. Dalam pada itu, Caprice seolah-olah mendedahkan bahawa dirinya nakal dahulu.
“Cap dah lena tido.. tiba-tiba isteri kejutkan dan tanya siapa perempuan ni… so kita bukak lah Facebook photo album lama dan cuba cari… haih.. kalau being a badboii is a jenayah, i am sorry Malaysia I wish I wasnt so comel back then.”
https://www.instagram.com/p/CkOWpqBOvVp/
Dalam video yang lain, Caprice menyatakan bahawa dia tidak kenal dengan wanita tersebut dan menunjukkan dirinya tidur di atas sofa .Rasanya mesti korang faham kalau suami tidur atas sofa kan? Tapi mungkin dia saja je kot.
“Siapa-siapa minah ni, thank you very much, so I can sleep, with the pisang tonight, I appreciate whoever you are, which ever club you are from, thank you.”
https://www.instagram.com/p/CkPY_Fvp9E7/
Susulan itu, ramai netizen yang bertanyakan kepada Caprice samada dia mahu saman individu tersebut ataupun tidak, malah ada juga memberi sokongan moral kepada Caprice.

Haih, apa pun kita tunggu lah samada dia mahu mendedahkan atau tidak.
Baca : Caprice ‘Sound’ Staf Perubatan Lepas Dakwa Dirinya Ada ‘Histrionic Personality Disorder’?

