in

Caprice ‘Sound’ Staf Perubatan Lepas Dakwa Dirinya Ada ‘Histrionic Personality Disorder’?

Caprice Hpd 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gangguan personaliti histrionik (HPD) ialah gangguan psikiatri yang menjadikan seseorang individu itu mempunyai corak emosi yang berlebihan dan membuat tingkah laku yang boleh menarik perhatian.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial TikTok apabila seorang staf perubatan mendakwa aktivis dan rapper terkenal Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice itu menghidap HPD.


@sabrimatsain

#question from @Sabri Matsain just pointing out my opinion. #histrionicpersonalitydisorder #HPD #pov #sabahan #insight #rawatminda #question #nasihat

♬ original sound – Sabri Matsain – Sabri Matsain

Menerusi laman TikTok miliknya, individu tersebut yang juga seorang staf perubatan mengatakan Caprice menunjukkan beberapa ciri-ciri gangguan personaliti dan ia membuatkan aktivis kemanusiaan itu sering melakukan perkara-perkara yang menarik perhatian, disebabkan itu individu terbabit mengatakan Caprice menghidap gangguan tersebut.

“Alhamdulillah Cap masih sihat dan boleh fikir cara waras…” 

Video tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan tuan punya badan, menerusi laman Instagram miliknya, Caprice kemudian membalas kenyataan individu tersebut.

Dalam video itu, Caprice meluahkan rasa kecewanya kepada staf perubatan itu kerana perkara tersebut tidak sepatutnya dilakukan secara awam, malah dia juga berkata ia adalah sesuatu yang sangat tidak profesional.

https://www.instagram.com/p/CkFVoPiAWo4/

Malah, Caprice juga memberitahu, dia sering berjumpa dengan pakar psikiatri untuk dua penyakitnya iaitu anxiety dan insomnia.

“Cap punya anxiety tak boleh duduk diam, kena kerja dan kerja. Setiap kali saya duduk diam, tangan saya akan bergetar dan saya akan diserang panic attack, saya ada bad insomia, susah nak tidur sehingga terpaksa ambil pil tidur.” katanya.

Caprice dalam video itu turut mengatakan dia sendiri akan bertemu dengan pakar psikiatri untuk membuktikan dan mendapatkan diagnosis yang sebetulnya, dia juga meminta individu tersebut untuk membuat ‘sesuatu’ jika terbukti dia tidak menghidap HPD.

“Kalau mereka keluarkan surat dengan mengatakan Caprice tak ada masalah tersebut, hang perlu meminta maaf dalam tempoh 24 jam untuk beri panadol kepada semua netizen yang meninggalkan komen di ruangan tersebut.” ujarnya.

Hmm, harap settle elok-elok lah ye…

Baca: “Sudah2lah cari salah orang” – Kaunselor Tegur Caprice Jangan Buka Aib Orang

Ft Kaunselor Tegur Caprice

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.