in

“Kalau aku bagi pelempang satu kali” – 4 Pelajar Cedera Terjun Bas Gara-gara Lelaki Khayal Dan Mabuk Ketika Memandu

Budak Sekolah Bahaya Bas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dahulu kita digemparkan dengan kisah seorang budak maut gara-gara lantai bas yang jerlus di Kelantan, hari ini pula muncul cerita baru melibatkan bas dan pelajar sekolah lagi.


Menurut laporan RTM yang diperolehi dari FB Info Roadblock JPJ/POLIS, 4 pelajar dari sekolah menengah di Samarahan, Sarawak telah mengambil risiko terjun dari bas kerana khuatir kenderaan tersebut dipandu dalam keadaan bahaya. Whaaat? 

 

“Anak orang aku tak sayang” – Pemandu mabuk

Walau bagaimanapun, mujurlah bas tersebut telah ditahan oleh orang awam dan beberapa anggota tentera yang kemudian mengarahkan kesemua penumpangnya keluar.

64731255 1285352671642440 8351760685293633536 N

67141118 1285352651642442 7191089857093959680 N
sumber: facebook

Insiden yang berlaku sekitar jam 8 pagi di kilometer 12, Jalan Samarahan Expressway ke Mambong tu kemudian tular dan mendapat kemarahan netizen lepas salah satu video dari perbualan tentera dengan pemandu yang biadap tu didedahkan.

“Kau ada anak?” 

“Ada.” 

“Kau sayang anak kau?” 

“Sayang.” 

“Habis tu anak-anak orang lain kau tak sayang?” 

“Tak sayang!” 

Amboi mulut… sekali abang askar tu lipat, baru ko tau diam eh!  Tengok video kat bawah ni. 

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, July 16, 2019

Mabukkkk
sumber: facebook

 

4 pelajar selamat, pemandu ditangkap! 

Apa-apapun, mujurlah 4 pelajar yang terjun tadi dilaporkan selamat walaupun mengalami kecederaan ringan di tangan dan kaki.

Supritendan Alexson ketika dihubungi RTM juga mengesahkan tangkapan telah dibuat ke atas pemandu tersebut yang berusia 58 tahun dan siasatan sedang dijalankan.

Kesemua 33 penumpang bas itu kemudian dihantar ke sekolah masing-masing menggunakan bas Tentera Udara di-Raja Malaysia (TUDM). Kes tersebut bakal disiasat di bawah Seksyen 25 (A), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

67302938 1285352614975779 4720884896208257024 N
sumber: facebook

Terima kasih abang askar! Nasib baik dorang cepat bertindak. 

Baca: “Memang berlubang” – Budak Darjah 6 Maut Sebab Lantai Bas Ter ‘Jerlus’ Masa Tengah Jalan Laju

Bas Jerlus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.