“Memang berlubang” – Budak Darjah 6 Maut Sebab Lantai Bas Ter ‘Jerlus’ Masa Tengah Jalan Laju

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Murid darjah 6, Wan Muhammed Adam Mohd Suria maut akibat terjatuh di atas jalan saya selepas lantai bas yang dinaikinya ‘terjerlus’ ketika sedang dalam pemanduan di Kampung Kandis hari ini.

Kejadian berlaku pada jam 12.50 tengah hari tadi, menurut Sinar Harian murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang itu dalam perjalanan ke Bukit, Keluang, Besut Terengganu untuk mengikuti bengkel di UiTM.

 

Lantai bas berlubang

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di seluruh badan. Penyelaras bengkel, Anis Sofea Uzaimi berkata, bas yang membawa murid SK Tok Bok itu dalam perjalanan menyertai bengkel yang diadakan selama dua hari di Bukit Keluang.

Katanya, dia tidak berada di tempat kejadian dan belum mendapat gambaran jelas mengenai kejadian tersebut selain dimaklumkan lantai bas jerlus.

“Mangsa dikatakan berdiri bersama rakan-rakan yang lain di bahagian hadapan bas berhampiran tangga.

“Difahamkan ada kawasan yang berlubang namun telah ditutup tetapi saya tak pasti ia ditutup dengan apa,” 

Menerusi sumber di Facebook, ramai netizen menghentam dan menyalahkan syarikat bas tersebut kerana terlalu ambil mudah tidak menyelenggarakan pengangkutannya itu.

Malah mereka juga mengutuk sikap pemandu yang begitu cuai dalam menjaga kenderaan tersebut sehingga menyebabkan kematian pada penumpang.

 

Baca : Pemuda Maut Kena Renjatan Elektrik Waktu Main Video Game Sambil Cas Telefon

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.