Kekalahan Malaysia 3-0 dengan Vietnam dalam aksi Piala AFF di Hanoi semalam ternyata membuatkan rata-rata peminat bola sepak negara agak berang dan tidak puas hati.
Ia ditambah dengan rasa kesal terhadap keputusan pengadil perlawanan, Ryuji Sato yang memberikan sepakan penalti dan kad merah yang penuh kontroversi kepada skuad negara, sekaligus meranapkan impian untuk mengalahkan Vietnam, lapor Stadium Astro.
Akaun media sosial pengadil Ryuji Sato kena serang?
Susulan itu, netizen telah mengambil langkah drastik dengan menyerang akaun media sosial yang didakwa milik Ryuji di Facebook.
Menurut Utusan Online, walaupun tidak dapat dipastikan sama ada ia benar-benar Facebook milik Ryuji atau tidak, rata-rata netizen nampaknya marah dengan posting yang dimuat naik dengan mesej,
Good luck. Vietnam wins! Don’t forget at 19:30 tomorrow 27/12 at My Dinh National Stadium. I love you guys Vietnam,”yang ditulis di akaun tersebut.
Malah menerusi satu lagi posting, dapat dilihat Ryuji mengucapkan tahniah kepada Vietnam atas kemenangan mereka dan memuat naik bersama gambar pertahanan Malaysia, Azam Azmi Murad dilayangkan kad merah.
https://www.facebook.com/ryujisatojapan1/posts/pfbid0Dx7R4v4y8cqdwePUHVssAScYL2YkvviwtaDkaivim1XPYPJQnBR8X7eTTKS5rUYjl
Kedua-dua posting itu kemudian mengundang pelbagai komen negatif netizen yang mendakwa pengadil tersebut berat sebelah di samping ada yang memberikan kata-kata kejian buat Ryuji.
Ketika artikel ini ditulis, kedua-dua posting itu telah menerima 16,000 ke 25,000 komen daripada netizen yang mana rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati mereka.
Terdahulu, Ryuji juga pernah terpalit dengan kontroversi hampir sama pada Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun tahun lalu apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam ketika aksi pertembungan berbaki 10 minit, sekaligus menyaksikan Malaysia tewas 1-2.
Harap fans bola sepak Malaysia menjaga adab kita dalam meninggalkan komen walaupun tengah marah ye…
Baca: “Ingat penyokong mesin ATM ke?” – Peminat Bola Sepak Marah Tiket Perlawanan AFF Terlalu Mahal?