Apabila berkahwin dengan orang luar negara, pastinya seseorang itu perlu mendalami dan memahami pelbagai latar belakang tentang budaya, makanan dan cara hidup keluarga pasangan.
Sama seperti pelakon Fadlan Hazim yang telah berkahwin dengan pasangannya, Aiya Mukhamedsalova yang berasal dari Kazakhstan. Dalam perkongsiannya di TikTok, memaparkan dia sedang menjamah beberapa makanan asal Kazakhstan dan salah satunya adalah daging kuda.
@fadlanhazim_ Your turn to do malay food content🤣 @Aiya #kazakhfood #kazakhstan #malayfood #malaysia #kazakhstan
Makan daging kuda
Fadlan menulis kapsyen dalam videonya, point of view apabila berkahwin dengan orang Kazakhstan, dia diajar untuk makan makanan dari negara tersebut.
Pov: Wife aku orang Kazakhstan ajar makan makanan dia
Makanan yang pertama adalah Beshbarmak iaitu lauk menggunakan daging kuda yang merupakan makanan tradisional negara Kazahkstan. Dia menghidangakan makanan itu di atas pinggan lalu makan menjamahnya dengan penuh selera.
Artikel berkaitan: “Boleh naik 2 kilo!” – Netizen Teruja Banyak Gerai Makanan Di Setiap ‘Stop’ Larian Sultan Nazrin Shah
Artikel berkaitan: Lisa Blackpink Jamah Makanan Thai Atas Plak Sempena Meraikan 1 Bilion ‘Streaming’ Di Spotify
Sedap kalah cheese naan!
Bukan itu sahaja, pelakon filem Sangkar itu juga menjamu selera makanan yang kedua iaitu Khachapuri. Dapat dilihat rupa makanan itu adalah seperti roti naan yang biasa dijual di Malaysia.
Fadlan mengambil sepotong Khacapuri lalu memakannya dengan penuh selera. Reaksi yang sama seperti makan Beshbarmak, dia sekali lagi memuji makanan itu kerana lebih sedap dari cheese naan.
Melihat video tersebut, rata-rata netizen di ruangan komen terliur melihat makanan dari Kazakhstan itu. Ada juga yang menceritakan pengalaman mereka makan daging kuda.
Nampak sedap Khachapuri tu!
Sumber: TikTok