in

Kajian: Rakyat Malaysia Kena Kerja 30.3 Hari Untuk Beli iPhone 13 Pro, Singapura Pula 7.6 Hari

Cats 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 14 September lalu, Apple telah mengumumkan telefon pintar keluaran baharu iaitu iPhone 13 yang bakal hadir dengan beberapa versi. Antaranya adalah iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.


Difahamkan, iPhone 13 Pro akan dijual dengan harga permulaan RM4,899 dan pra-tempahan boleh dibuat mulai 1 Oktober ini.

41117 79579 210401 Iphone12Promax Xl

Menurut laman web Picodi, sebuah laman e-dagang yang menawarkan tawaran kupon, rakyat Malaysia perlu bekerja selama 30.3 hari untuk membeli sebuah iPhone 13 Pro. Namun, kiraan ini dibuat dengan anggapan semua gaji anda digunakan untuk membeli telefon sahaja.

Data ini dikeluarkan mengikut laporan dari Numbeo, yang melaporkan purata gaji di Malaysia adalah RM3,399.17. Sebagai perbandingan, nilai purata gaji di Malaysia ini adalah lebih rendah berbanding dengan harga sebuah iPhone 13 Pro.

Laporan ini turut menunjukkan perbandingan Indeks iPhone beberapa tahun lalu, dan Malaysia menunjukkan pengurangan hari bekerja yang diperlukan.

Berikut adalah data yang dinyatakan:

– 2018: 41.3 hari
– 2019: 31.1 hari
– 2020: 29.1 hari
– 2021: 30.3 hari

Apa itu Indeks iPhone?

Buat yang kurang faham, Indeks iPhone adalah nisbah harga iPhone dengan purata gaji tahunan yang dilakukan oleh laman web Picodi semenjak dari 2018 lagi.

Indeks iPhone 2021 telah dikira berdasarkan harga iPhone 13 Pro (128 GB) yang diumumkan secara umum di laman web Apple yang sah. Manakala, purata gaji diambil dari halaman rasmi kementerian atau pejabat statistik.

Gaji bulanan pula dibahagi dengan 21 hari, jumlah purata hari bekerja dalam sebulan.

Negara yang perlu bekerja paling lama

Meskipun rakyat Malaysia memerlukan 30.3 hari untuk membeli sebuah iPhone 13 Pro, terdapat beberapa negara lain yang memerlukan lebih banyak hari bekerja.

Sebagai contoh, Turki mendahului carta apabila rakyat mereka perlu bekerja selama 92.5 hari untuk mendapatkan sebuah iPhone 13 Pro. Negara jiran kita, Thailand pula memerlukan 43 hari.

Iphone 2021 En 1

Negara yang perlu bekerja sekejap

Menurut data yang dikeluarkan, Switzerland mendahului carta sebagai negara yang hanya memerlukan sedikit hari bekerja untuk membeli iPhone 13 Pro, iaitu dengan jumlah 4.4 hari.

Negara jiran kita, Singapura pula hanya memerlukan 7.6 hari. Hampir lima kali ganda lebih rendah berbanding Malaysia.

 

Kredit: Picodi

BACA: Kamera iPhone Boleh Rosak Jika Terdedah Kepada Getaran Seperti Dari Motosikal Berkuasa Tinggi

Cover 10

Sumber: Picodi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.