in

2 Kes Pertama Covid-19 Varian Delta Plus Dikesan Di Malaysia- KKM

1Delta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah mengesahkan 2 kes terbaharu Covid-19 Varian Delta Plus telah dikesan di Malaysia.


Memetik laporan Astro Awani, Ketua Pengarah KKM Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 2 kes tersebut adalah kes import yang melibatkan pelajar Malaysia yang pulang dari United Kingdom.

Screenshot 2021 11 07 At 1.28.33 Pm

Kedua-dua rakyat Malaysia itu telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Oktober lalu dan telah menjalani ujian RT-PCR dan didapati negatif bagi sampel pertama. Walaubagaimanapun, keputusan tersebut positif apabila diuji pada sample kedua yang diambil pada 7 Oktober 2021 semasa dalam tempoh kuarantin.

Screenshot 2021 11 07 At 1.29.29 Pm

Tambah Dr. Noor Hisham, varian Delta Plus tersebut adalah jenis AY.4 iaitu salah satu daripada 75 jenis lineage yang berasal dari varian Delta. Varian AY.4.2 ini mempunyai 2 mutasi tambahan pada protein spike iaitu Y145H dan A222V.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 27 Oktober lalu, terdapat peningkatan kes Covid-19 varian AY.4.2 sejak Julai tahun ini. Sehingga kini, varian tersebut telah dikesan disekurang-kurangnya 42 buah negara seluruh dunia.

Screenshot 2021 11 07 At 1.29.09 Pm

Pihak KKM akan terus memantau dengan teliti dari semasa ke semasa bagi mengesan kewujudan subvarian Delta bagi membendung penularan varian tersebut ke dalam komuniti.

 

Baca: Russia Lapor Varian Baharu Covid-19, Lebih Mudah Menular Berbanding Delta

Screenshot 2021 11 07 At 1.26.35 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.